­
Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Antara Model Yang Bakal Tiba Di Pasaran Malaysia?

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
15/08/2022
in BULETIN, UTAMA

Di Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) yang sedang berlangsung dari 11hb-21hb Ogos, Chery secara rasmi membuka tempahan bagi Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro. Dua model Tiggo Pro Family tersebut ditawarkan di Indonesia dengan waranti kenderaan enam tahun/150,000 km serta waranti enjin 10 tahun/satu juta km.

Tiggo 8 Pro merupakan SUV tujuh tempat duduk dengan ciri-ciri premium yang terserlah melalui falsafah reka bentuk ‘Life in Motion 3.0’. Gril hadapan geometric matrix diamond serta lampu hadapan LED memberikan penampilan yang yakin, manakala pada bahagian dalaman, susun atur cockpit-surround mewujudkan suasana dinamik, selesa serta mewah.

Tiggo 8 Pro didatangkan dengan sistem audio lapan pembesar suara Sony, pencahayaan ambien pelbagai warna, bumbung panoramik serta upholsteri dwi-tona hitam dan coklat. Tiga skrin – panel instrumen 12.3 inci, skrin kawalan iklim lapan inci dan skrin infotainment – membolehkan kawalan hampir semua fungsi kenderaan sambil mengintegrasikan ketersambungan peranti mudah alih.

Menyumbang kepada teknologi canggih dan keselamatan adalah Advanced Driver Assistance System (ADAS) yang merangkumi 12 fungsi termasuk Adaptive Cruise Control (ACC), Autonomous Emergency Braking (AEB) dan Forward Collision Warning (FCW), dan juga kamera 360 darjah.

Dibantu oleh pengecasan turbo serta kecekapan haba yang tinggi, enjin siri ACTECO generasi ketiga 1.6 TGDI menghantar 197 PS dan 290 Nm tork kepada roda hadapan melalui transmisi klac berkembar tujuh-kelajuan. Dibangunkan oleh Chery, transmisi tersebut mempunyai kecekapan sebanyak 96%, membolehkan penghantaran kuasa yang lancar dan langsung.

Tiggo 7 Pro pula merupakan ‘adik’ kepada Tiggo 8 Pro. Dengan gril hadapan geometric matrix diamond yang berbucu lebih tajam, lampu hadapan matriks LED pintar, lampu belakang through-type serta ilusi bumbung terapung, Tiggo 7 Pro memancarkan gaya tersendiri serta teknologi tinggi.

Terdapat pada bahagian dalaman Tiggo 7 Pro panel instrumen LCD tujuh inci, skrin kawalan tengah 10.25 inci dan skrin kawalan iklim lapan inci, memberikan pengalaman sentuhan interaktif yang menyeluruh. Kamera 360 darjah serta skrin kawalan tengah yang luas memberikan pandangan persekitaran yang jelas, memudahkan pengendalian kenderaan serta meningkatkan keselamatan. Tiggo 7 Pro turut didatangkan dengan pintu belakang elektrik induktif, pengecasan peranti mudah alih tanpa wayar, gearshift elektronik dan arahan suara, mengukuhkan komitmen Chery untuk memudahkan kehidupan pengguna melalui teknologi canggih.

Sistem gantungan hadapan strut MacPherson bebas dan multi-link di belakang membolehkan pemanduan yang seronok serta selesa. Semua varian didatangkan dengan tempat duduk kulit, penghawa dingin dwi-zon automatik, enam beg udara dan kawalan kestabilan Bosch, manakala lebih 10 fungsi ADAS tersedia, termasuk lane keeping, adaptive cruise control dan brek kecemasan.

Tiggo 8 Pro, Tiggo 7 Pro serta OMODA 5 merupakan antara model Chery yang sedang dirancang untuk Malaysia. Chery sedang bekerjasama rapat dengan rakan-rakan niaga tempatan ke arah mewujudkan operasi pemasangan di Malaysia serta ke arah pembaharuan jenamanya, yang akan menyaksikan pembangunan rangkaian jualan dan selepas jualan baharu di seluruh negara untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia.

Previous Post

Pengeluaran Terhad, Hanya 3000 Unit Untuk Model 2023

Next Post

Sebuah Modifikasi 992 Carrera GTS Yang Dilhamkan Dari Filem Pixar 'Car'

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved