Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Anjak Sempadan Dengan Ketersambungan Dan Teknologi Untuk Pengguna

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
27/08/2022
in BULETIN, UTAMA

Ranger generasi baharu merupakan Ranger paling pintar setakat ini dengan tumpuan untuk memperkaya pengalaman pengguna. Ini bermakna pemilik boleh mengalihkannya dengan sangat mudah sama ada sebagai kenderaan keluarga atau untuk tujuan kerja. Dari sistem infotainmen SYNC 4Ai generasi baharu hinggalah kepada skrin format luas yang berfungsi seperti telefon pintar, serta paparan instrumen digital yang menggantikan kluster analog, ranger generasi baharu menganjak sempadan tentang apa yang mampu diberikan oleh sebuah trak pikap, dengan teknologi berpaksikan pelanggan.

Ciri Utama Teknologi Ranger
Paparan Digital
Ranger generasi baharu tidak lagi menggunakan kluster instrumen fizikal untuk speedometer, tetapi menggantikannya dengan panel instrumen digital lapan-inci yang boleh disesuaikan dengan selera pengguna. Paparan ini meliputi animasi awal dan akhir nyalaan serta speedometer dan tachometer digital. Grafiknya juga memaparkan avatar badan trak yang realistik.

Bergantung kepada varian, pemilik boleh memilih antara tataletak yang memaparkan maklumat seperti teknologi bantuan pemandu, tachometer on/off dan petunjuk lainnya. Turut ada ialah “Paparan Tenang” yang mengeluarkan maklumat tersedia daripada paparan.

Oleh kerana Ranger generasi baharu mempunyai mod pemanduan atas jalan dan off-road, paparan panel instrumen ada tema berbeza bagi setiap mod yang dipilih, dengan paparan peralihan yang menarik ketika pemandu memilih antara mod yang ada.

Lebih pintar, intuitif dengan SYNC 4Ai
Jantung kepada kisah teknologi Ranger generasi baharu ini ialah sistem komunikasi dan hiburan SYNC 4A. Sistem ini menawarkan sambungan telefon pintar Apple CarPlay™ tanpa wayar dan Android Auto™ serta memaparkan ciri terkini yang menjadikan sistem SYNC 4A mudah dikendalikan.

Skrin Besar
Sama ada Ranger generasi baharu dilengkapi dengan skrin infotainmen 10.1-inci atau 12-inci yang terbaik dalam kelasnya, ada tetapan pemisah skrin yang boleh disesuaikan dengan panel maklumat yang diinginkan selalu tersedia di bahagian bawah skrin. Ini memaparkan maklumat utama, seperti tunjuk arah terhubung ii, telefon pengguna yang disambungkan serta banyak lagi.

Skrin tablet format besar dipilih kerana ia membolehkan paparan tunjuk arah yang lebih tepat dan dalam masa yang sama menyediakan ruang di bahagian bawah skrin untuk paparan seperti pendingin dan kawalan hiburan.

Kurang Butang, Lebih Berkemampuan
Kebanyakan kawalan mod pemanduan tradisional telah dialih dari papan pemuka dan konsol tengah ke paparan khusus mereka di skrin SYNC.

Bergantung kepada varian, sebagai contoh, dengan hanya menekan satu butang, pemandu boleh pergi ke skrin khusus untuk off-road pada Ranger di mana mereka boleh meninjau pacuan, sudut stereng, kecuraman kenderaan, sudut olengan dan kawalan lain.
Pendingin dan hiburan kabin boleh dikawal melalui skrin SYNC, dengan kawalan fizikal tambahan tersedia di bawah skrin untuk larasan pantas dan mudah.

Pandangan Sekeliling
Skrin berkenaan disambung kepada kamera 360-darjah untuk memudahkan urusan meletak kenderaan ke dalam ruang parkir sempit atau untuk membantu meninjau permukaan mencabar ketika pemiliknya meneroka kawasan yang jarang dilalui. Sistem berkenaan membenarkan pemandu untuk melihat apa yang ada di depan atau belakang serta pandangan dari atas ke bawah di sekitar kenderaan, termasuk titik buta, untuk lebih yakin.

Brek Parkir Elektrik
Ranger WildTrak generasi baharu menjadi yang pertama dipasangkan brek parkir elektrik dalam kelasnya untuk lebih ciri teknologi canggih. Perubahan ini bukan sahaja membolehkan capaian lebih mudah untuk pemandu, tetapi turut juga memberi ruang kepada sistem bantuan pemandu canggih (ADAS) iii.

Kekal Dicas
Ranger generasi baharu kini membolehkan pelanggan membiarkan telefon pintar mereka dicas tanpa wayar dan dalam masa sama disambung kepada SYNC 4A menerusi pelantar pengecas yang terletak di hujung konsol tengah, yang juga serasi dengan teknologi Qi terkini. Telefon pintar juga boleh dicas dengan menggunakan wayar yang disambung ke slot USB atau menerusi soket 12V/240V dan penyonsang 150W yang juga membekalkan kuasa.

Kuasa Penuh
Dengan lebih ramai pemandu menggunakan dash cam, ciri berkenaan turut dipasangkan pada cermin utama melalui saluran USB. Sambungan Type-A USB menukar kuasa 12V kepada USB 5V dan direka untuk membekalkan kuasa kepada GPS luaran atau dash cam. Ia juga boleh digunakan untuk mengecas telefon pintar, walaupun ia tidak akan disambungkan kepada sistem SYNC 4A.

Bergantung kepada varian, turut tersedia di kotak barangan adalah soket 400W dan 12V untuk pengguna memanfaatkannya bagi kerja-kerja DIY di luar.

Cahaya Terang
Khas untuk model spesifik Ranger WildTrak generasi baharu adalah ciri lampu utama LED Matrix yang pertama dalam segmennya, memuatkan banyak ciri pintar termasuk penetapan tahap dinamik automatik serta pencahayaan bergantung kepada kelajuan; ia boleh melaraskan kepekatan pancaran di depan kenderaan bergantung kepada kelajuan pergerakan semasa. Lampu utama itu juga menawarkan suluhan statik dan dinamik serta lampu tinggi bebas-silau, yang membantu menyekat cahaya yang boleh membutakan sementara penglihatan pemandu lain.

Sertai Siri Jelajah Ranger Generasi Terbaharu
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia, akan mempertontonkan Ranger generasi terbaharu ini di Kuching pada 7-11 September di Vivacity Megamall, dan Suria Sabah Shopping Centre, Kota Kinabalu pada 5-9 Oktober.

Menjelang pelancarannya di bilik pameran, acara pratonton ini adalah sebahagian daripada siri jelajah seluruh negara bagi Ranger generasi baharu ini di lima kawasan, termasuk Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru melibatkan tempoh lima hujung minggu.

Jangan ketinggalan untuk berkunjung ke acara pratonton akan datang ini dan dekati Ranger generasi baharu dalam siri jelajah berkenaan.

Untuk maklumat lanjut tentang Ranger generasi baharu, SDAC dan Ford, ikuti Ford Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube channel atau layari www.sdacford.com.my.

Previous Post

Mentol Lampu LED Retrofit Dilancarkan Bersama auto2u.my

Next Post

Kei Car Jepun Edisi Istimewa, Gaya Baharu Dan Lebih Urban

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved