Ditubuhkan pada tahun 2009, Altezza Malaysia merupakan sebuah komuniti yang dianggotai para pemilik Toyota Altezza di negara ini. Bagi makluman, Altezza tidak dijual secara rasmi di Malaysia dan kesemua unit yang ditemui hari ini diimport dari tahun pengeluaran 1998 hingga 2005.
Setakat ini, terdapat 100 unit kereta Altezza di semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak. Kali terakhir program yang sama diadakan di Litar Antarabangsa Sepang adalah pada Julai 2019 dengan penyertaan lebih 50 unit Altezza. Tujuan utama program ini diadakan ialah untuk memperingati dan meraikan khazanah Altezza di Malaysia.
Bertempat di Litar Antarabangsa Sepang pada 9 Julai lalu, program dimulakan sekitar pukul 6.30 petang dan berlanjutan sehingga pukul 7.50 petang. Sebanyak 28 unit telah menyertai program ini yang turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti lain termasuk konvoi mini dari Dengkil RNR sehingga Litar Antarabangsa Sepang.