Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

88 Stesen Minyak Shell Di Seluruh Negara Telah Didayakan RFID, 200 Stesen Menjelang Disember 2022

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
13/08/2022
in BULETIN, UTAMA

Touch ‘n Go Group dan Shell Malaysia telah melancarkan secara rasmi pengalaman tanpa tunai baharu yang membolehkan para pelanggan membayar untuk minyak menggunakan Touch ‘n Go RFID di 88 stesen minyak Shell di seluruh negara. Jumlah stesen minyak Shell yang didayakan dengan pengalaman mengisi minyak tanpa tunai ini dijangka meningkat sebanyak dua kali ganda menjelang akhir tahun ini.

“Kami amat berbesar hati kerana dapat meluaskan penggunaan RFID selain daripada pembayaran tol. Para pelanggan kini boleh membuat pembayaran di stesen minyak Shell tanpa perlu berinteraksi dengan sebarang aplikasi mudah alih, atau berinteraksi dengan sistem titik jualan kerana pembayaran dibuat melalui eDompet Touch ‘n Go yang dipautkan kepada Touch ‘n Go RFID pengguna.

“Kami amat bernasib baik kerana telah menemui rakan kongsi seperti Shell, yang berfikiran sama seperti kami, dan berkongsi cita-cita yang sama untuk menyediakan pengalaman pemanduan tanpa tunai dan tanpa sentuhan kepada para pelanggan. Sejurus itu, ini akan membantu kami membuka jalan ke arah menyampaikan tawaran yang lebih inovatif untuk
kedua-dua set pelanggan kami,” kata Effendy Shahul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Touch ‘n Go Group.

Beliau menambah, “Setakat ini, kami memberi tumpuan untuk mempromosikan RFID sebagai kaedah pembayaran tol, tetapi sebenarnya gabungan infrastruktur RFID dan eDompet membolehkan kami mengembangkan kes penggunaannya melangkaui tol. Seperti yang telah kami tunjukkan hari ini, pengisian minyak merupakan kes penggunaan tambahan
dan kami akan mengembangkan kes penggunaan RFID ke lebih banyak kawasan pada
masa hadapan.”

“Sejajar dengan komitmen kami untuk melancarkan perjalanan harian para pelanggan kami melalui tawaran inovatif, kami memulakan perkongsian ini dengan Touch ‘n Go untuk membangunkan kaedah pembayaran baharu yang menyediakan kemudahan tanpa tunai, menggunakan teknologi RFID, dan tanpa aplikasi mudah alih. Kami juga telah menyepadukan Touch n Go RFID dengan rakan kongsi setia kami, BonusLink, untuk membolehkan para pelanggan memperoleh mata ganjaran dengan mudah dengan setiap pembelian minyak,” kata Seow Lee Ming, Pengurus Besar, Mobiliti untuk Shell di Malaysia dan Singapura.

“Sepanjang tahun lepas, kami telah menerima maklum balas positif daripada lebih 10,000 pengguna perintis, dan kami bekerjasama rapat dengan Touch ‘n Go untuk terus mengoptimumkan teknologi ini untuk memberi pengalaman yang lebih lancar kepada pengguna. Kami yakin kolaborasi dengan Touch ‘n Go ini akan meningkatkan lagi pengalaman pelanggan kami di Shell,” tambah Lee Ming.

Untuk menggunakan Touch ‘n Go RFID di stesen minyak Shell, para pelanggan perlu pautkan tag RFID Touch ‘n Go kepada akaun eDompet Touch ‘n Go mereka. Pendaftaran dan pengaktifan perlu dilakukan sekali sahaja melalui eDompet Touch ‘n Go, dan setelah pengaktifan berjaya, pelanggan hanya perlu parkir kenderaan di ruang pengisian minyak
yang didayakan dengan RFID. Kenderaan akan dikesan dalam beberapa saat, dan pembayaran didebit secara automatik daripada eDompet Touch n’ Go pelanggan untuk membolehkan pengisian minyak. Sebarang jumlah yang tidak digunakan akan dikembalikan serta-merta ke akaun eDompet Touch n Go pelanggan.

Dari 10 Ogos hingga 16 September 2022, Shell dan Touch ‘n Go akan memberi ganjaran kepada 25,000 pelanggan pertama yang mengisi minyak di stesen Shell dengan menggunakan Touch ‘n Go RFID. Mereka hanya perlu pam minimum RM50 di Shell untuk transaksi Touch n Go RFID pertama untuk menerima pulangan tunai sebanyak RM10. Ganjaran ini hanyalah terhad kepada pelanggan yang menggunakan perkhidmatan ini buat pertama kali.

Untuk maklumat lanjut mengenai pengisian minyak dengan Touch ‘n Go RFID di Shell, sila kunjungi https://www.touchngo.com.my/consumer/toll/rfid/rfid-petrol/ dan www.shell.com.my/rfid

Previous Post

Kekal Eksklusif Untuk Pasaran Korea

Next Post

Pengeluaran Terhad, Hanya 3000 Unit Untuk Model 2023

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved