Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

FORD ESCORT MK1 MR. MUSCLE

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
27/07/2015
in MODIFIKASI, UTAMA

Ramai orang anggap main kereta klasik ni kerja gila, buat perabis duit dan membuang masa.

Mereka anggap, daripada membelanjakan beribu-ribu Ringgit untuk sebuah kereta yang kadang-kadang lebih tua daripada usia pemiliknya ialah sesuatu yang tak masuk akal. Baik beli kereta baru katanya.

Tetapi bagi mereka yang faham nilai klasik sebuah kereta lama, mereka tidak peduli dengan kata orang-orang macam ni. Kereta klasik adalah gaya hidup. Sama macam sesetengah orang yang mengumpul ikan kelisa atau hobinya menghisap curut Cuba yang mahal.

Kereta klasik buatan British sememangnya mendapat perhatian ramai bukan saja di sini, malah di serata dunia. Pada tahun 1970-an, Ford British telah menghasilkan model Escort pertama mereka yang diberikan kod Mark 1 (Mk 1).

Walaupun kereta ini dihasilkan untuk kegunaan keluarga, penglibatan Ford dalam arena sukan pemotoran, terutama kejohanan rali dunia membuatkan kereta ini menjadi lagenda.

Secara jujurnya, saya sudah lama tak buat cerita pasal Escort Mk 1 yang sekarang harganya semakin naik disebabkan oleh filem Fast and Furious 6. Walaupun kereta ini bukannya model asli Escort Mexico seperti mana yang digunakan dalam filem tersebut, tapi Escort “Melaka” ini sebenarnya mempunyai kualiti lebih baik berbanding yang asal.

Di pasaran Malaysia, Ford Escort generasi pertama ini hanya didatangkan dengan enjin 1.1 liter dan 1.3 liter. Kedua-dua enjin itu adalah daripada enjin siri Kent atau juga dikenali dengan nama crossflow.

Apabila kereta yang sudah berusia lebih 40 tahun hendak digunakan dalam trafik abad ke-21, memang kerja gila kalau nak guna lagi enjin asalnya. Nak guna kompresor pendingin hawa pun enjin ni tak larat, apatah lagi nak pandu di atas lebuh raya pada kelajuan 110km/j.

Biasanya, geng-geng Escort di sebelah utara cukup suka memasukkan enjin Nissan CA18 atau SR20. Tidak kurang juga yang memasukkan enjin Toyota 4AGE. Orang Melaka bagaimanapun lain sikit falsafahnya. Mungkin keturunan Hang Jebat ini tak suka status quo. Sebab itulah Anas, pemilik Escort ini memilih enjin Toyota 1UZ-FE. Mesti ramai yang tertanya-tanya, enjin apa ni?

Haa… Kalau anda nak tau, 1UZ-FE ialah enjin 4,000cc V8 yang berasal daripada Lexus LS400 ataupun Toyota Crown Majesta. Gila kan? Tapi kalau orang gila kuasa memang tak kisah sebab enjin ini dalam keadaan standard sahaja. Ia mampu menghasilkan 261 kuasa kuda dengan daya kilas 363Nm! Betul la kata Mat Saleh, “There is no replacement for displacement”.

Kalau anda tengok sendiri ruang enjin kereta Anas ni, mesti tertanya-tanya macam mana enjin sebesar itu boleh muat. Jawapannya, enjin itu sebenarnya agak kompak. Disebabkan kedudukan piston yang berbentuk V, jadi ngam-ngam sahaja muat dalam badan Ford Escort ni. Dari segi mounting, memang kena buat custom sebab tak sama.

Semua pendawaian enjin disorok kemas dengan terminal bateri diubah ke bahagian belakang kereta. Enjin ini memang tak diubah suai langsung kerana kombinasi enjin dengan chasis Escort yang beratnya kurang satu tan itu mampu menghasilkan prestasi yang tak dapat diungkap dengan kata-kata.

Enjin 1UZ tidak pernah didatangkan dengan kotak gear manual. Jadi Anas tak mahu pening kepala dan terus gunakan kotak gear automatik yang datang bersama enjin. Satu-satunya ubah suai yang melibatkan prestasi ialah sistem ekzos. Escort ini dipasang dengan sistem paip ekzos saluran terus bersaiz tiga inci yang keluar ikut tepi kereta. Pastinya ia mampu menghasilkan runut bunyi V8 yang lazat.

Gandar belakang ialah satu lagi modifikasi yang wajib dibuat. Sebab gandar belakang asal Escort memang tak boleh tampung kuasa enjin. Boleh meletup kalau Anas tarik full rev!

Jika nak ubah suai masuk gandar asal Crown Majesta, mungkin susah kerana sistem gantungan belakang Escort menggunakan leaf spring. Jadi, opsyen yang terbaik ialah gantikan dengan gandar belakang Toyota Hilux yang sememangnya tahan lasak. Untuk long shaft pula, Anas mengubah suai long shaft standard daripada Isuzu Trooper.

Dengan enjin yang power, tak patut kalau sistem gantungan kereta tak diusik. Itu tempah maut namanya. Semua penyerap hentak asal dikeluarkan. Pada bahagian depan, Anas berjaya memasang sepasang penyerap hentak boleh laras daripada model Nissan Silvia S15.

Untuk roda belakang pulak, setup leaf spring masih dikekalkan. Tetapi dipasang dengan penyerap hentak dan leaf spring Toyota Hilux (bersama gandar). Sepasang lowering blok digunakan pada bahagian belakang bagi mendapat ketinggian yang dikehendaki. Di bahagian depan, penyerap hentak dilaras rendah.

Kereta yang kecil dengan enjin yang besar umpama seekor tikus berhati gajah. Jadi kalau nak memberhentikan kereta ini, brek sebesar gajah amat diperlukan. Anas bertindak menyalin set brek lengkap daripada Toyota Crown Majesta bagi menggantikan brek gelendong pada roda hadapan. Manakala brek Nissan Silvia S13 untuk roda belakang.

Satu set rim Atara Racing 15×9 inci yang dibalut dengan tayar Yokohama Parada 195/50/15 di depan dan Federal RSR Semi-Slick 205/50/15 di belakang telah digunakan.

Anas mengikut tradisi modifikasi kereta Escort Mk 1 apabila mengenakan arca roda yang digelarkan “bubble arch” yang memungkinkan rim lebar digunakan dengan selamat. Kereta ini kemudian dicat dengan warna candy blue dengan garisan putih yang mengikut spesifikasi Ford Escort Mk 1 Mexico dan digunakan dalam filem Fast and Furious.

Pada ruang kabin, Anas mengekalkan 100 peratus aksesori asal Escort dan hanya membalutnya semula dengan PVC berwarna putih bersama piping biru. Ini bagi disesuaikan dengan warna luaran kereta. Stereng asal Escort diganti dengan stereng sport Sparco. Inilah satu-satunya aksesori bukan asli Escort yang digunakan.

Ford Escort kini sudah jadi lagenda dalam kalangan peminat-peminat kereta klasik tempatan. Ubah suainya menggabungkan gaya retro dengan teknologi moden yang membolehkan kereta ni memecut dengan selamat di atas jalan raya.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

PERODUA KANCIL MIRA L500

Next Post

MITSUBISHI FIORE WAGON?

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved