Kemaraan SUV dan crossover yang semakin menakluk seluruh dunia tidak menghalang BMW untuk mengeluarkan 2 Series Active Tourer baharu dengan penambahan beberapa perubahan. MPV kompak mewah ini dilengkapi dengan gril ‘giant kidney’ dengan aura X7 diserikan lagi dengan lampu utama LED (disediakan sebagai pilihan dengan teknologi matriks adaptif).
Dari sudut profil menampilkan rekaan pemegang pintu yang baharu, cermin sisi yang lebih rendah serta rim pelbagai saiz dari 16 hingga 19 inci. Di bahagian belakang, tip ekzos telah disepadukan di bawah bampar agar ia tampil lebih bersih. Lampu belakang pula lebih nipis sekaligus membuatkan ia tampil lebih moden.
Berbanding model sebelum ini, model generasi kedua lebih panjang pada 4386 mm dan lebih luas (1824 mm). Namun, wheelbase dikekalkan pada 2670 mm. Ketinggiannya pada 1576 mm, bahagian depan dan belakang lebih lebar 25 mm (1586 mm depan / 1586 mm belakang).
Beralih ke bahagian interior telah direkabentuk semula sepenuhnya untuk memuatkan sistem operasi BMW, iDrive 8. Bahagian infotainment pula dipasangkan dengan pemapar digital pemandu seluas 10.25-inci dan skrin sesentuh 10.7-inci. Tempat rehat tangan di bahagian tengah dilengkapi dengan butang mula dan henti bersama beberapa tuil gear automatik yang kecil, brek parking elektronik dan tombol rotary untuk mengawal volum audio. Konsol “terapung” sedikit sebanyak memberi ruang di bahagian bawah untuk menyimpan barang.
Sebagai sebuah minivan, ia berkaitan dengan praktikal. Tempat duduk belakang boleh dialihkan ke hadapan sehingga 13cm dan boleh dilipat pada 40:20:40 dengan kapasiti kargo dari 470 hingga 1,455 liter. Sebuah tailgate elektrik adalah sebahagian kelengkapan standard kerana ia merupakan sistem kawalan climate dua zon automatik. Dengan kos tambahan, pelanggan boleh memilih atap kaca panaromik, sistem audio Harman Kardon audio system dan penyambung trailer elektrik.
Bagi bahagian enjin pula, dimulakan dengan model 218i turbocharged 1.5-liter yang menghasilkan 136hp (100 kilowatts) dan tork 230 Nm. Ia memecut dari 0 hingga 62 mph (100 km/j) dalam masa 9 saat dan kelajuan tertinggi pada 214 km/j. Bagi model 220i, menghasilkan 170 hp (125 kW) dan tork 280 Nm, yang mana pecutan jatuh hingga 8.1 saat dan kelajuan tertinggi pula bertambah hingga 221 km/j.
Model 223i 4-silinder menggunakan unit 2.0 liter lebih besar dengan 218 hp (160 kW) dan tork 360 Nm, memboleh 2 Series Active Tourer untuk memecut pada 7 saat dengan kelajuan maksimum pada 241 km/j. BMW turut menyediakan pilihan untuk para peminat diesel dengan menawarkan 218d bersama 4-silinder 2.0-liter menghasilkan 150hp (110 kW) dan 360Nm. Spesifikasi minivan premium binaan Leipzig ini memerlukan 8.8 saat untuk memecut sehingga 220 km/j. Keempat-empat kuasa dihantar ke tayar hadapan menerusi transmisi dwi-klac 7-kelajuan.
Ia dijangka berada di pasaran Eropah bermula dari Februari 2022. Beberapa bulan selepas itu, barisan Series Active Tourer akan dikembangkan dengan menyertakan 2 model plug-in hybrid, salah satunya telah dipertontonkan dengan 230e bersama xDrive dan gaya yang lebih sporty.
Sumber : Motor1