Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

PERODUA KANCIL AVANZATO R

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
31/10/2014
in MODIFIKASI, UTAMA

Kereta ini mengingatkan saya kepada awal-awal musim Perodua Kancil ‘dimainkan’. Waktu itu, semua orang terpaksa membayar harga super tinggi untuk aksesori yang susah nak dapat.

Kepada golongan die hard fan, harga bukanlah lagi satu halangan apabila siapa yang dapat dulu, dialah yang jadi dewa. Untuk mencapai status ‘king’ bukan senang, kena pandai bodek kedai potong, tunggu depan kontena bila tong turun dan jadi orang pertama yang melompat masuk rembat apa yang patut. Saya syak masa ini Bank Rakyat tersenyum gembira.

Berbelas tahun kemudian, harga pasaran bagi barang- barang Kancil tidaklah semakin turun. Tapi kalau anda tak biasa dengan kereta kecil ini, jangan harap semua barangnya boleh dibeli pada harga murah.

Ada juga harga aksesorinya semakin mengarut macam reflektor Avanzato belakang dan antena Toshiba twin blade. Dua barang ini boleh beli sebuah Honda EX5 baru di Kedai Motosikal Tenaga, Cheras.

Karut? Ya. Memang karut sekali kalau mengambil kira benda yang dicari ini sekadar aksesori dan tidaklah terlalu berfungsi. Ia tidak serupa lampu belakang 510 SSS atau spoiler KPGC10 yang seluruh dunia berebut. Walaupun benda ni berlaku hanya di Malaysia, kuasa beli yang tinggi dalam kalangan pemain K-Car ni menyebabkan harganya terus melambung. .

Macam musim pula, apabila ramao rakan saya di Facebook berkongsi koleksi rare yang mereka ada. Bukan guna pun, simpan bawah katil sahaja. Barang-barang ini tiada inflasi. 10 tahun lagi saya rasa boleh buat modal down payment Audi A4 TFSI. Itu maksudnya harga yang meningkat lebih pantas daripada seketul emas.

Sebagai menyokong industri JDM yang tidak pernah mati, Ramlan membuktikan sebuah Kancil pekak 850 tahun 2003 masih lagi mampu bergaya dengan segerombolan aksesori yang dipasang padanya.

Kereta ini masih bergerak dengan enjin standard sebab setiap bulan dan tahun terpaksa kumpul duit buat body. Bila rasa dah siap, ada saja barang rare yang ditemuinya. Sebagai contoh, tak ramai yang masih setia dengan PCD 110mm Kancil. Kereta ini sebenarnya masih menggunakan PCD asal dengan rim 14 inci TE37 original. Susah nak dapat dan harganya sangat subjektif.

Bahagian dalaman dan kosmetik menjadi sasaran utama apabila kita bercakap tentang konsep JDM. Pada peringkat ni, tengok dalam saja dah boleh justifikasi berapa banyak yang telah disalin.

Papan pemuka L5 dengan trim walnut berganding dengan stereng, panel pendingin hawa dan kandang tepi. Tali pinggang keledar, panel pintu, trim switch, tempat duduk L2 Limited, pemegang minuman, tong sampah, bumbung ombak, laci sikat, karpet merah pada but belakang, reading light, lampu peta dan semua pillar cover.

Sistem audio juga diselaras dengan jenama Carrozzeria yang terdiri daripada pemain utama Pioneer, tweeter dengan stand, crossover mini, speaker tiang gol Carrozzeria dan speaker pintu.

Kosmetik luaran pula melibatkan peralatan asas bodypart Mira L200S. Mira lampu kaca ini memang paling simple. Apabila dipadankan dengan aksesori, kereta masih tak nampak melampau.

Ia kemudian digandingkan dengan skirt Kei S-mode dengan spoiler belakang J-Mode. Refelktor Avanzato pada tailgate belakang tu kalau kena curi mungkin boleh buat pemiliknya bunuh diri. Aksesori lain ialah arrow wing wiper PIAA, door handle krom, antena krom, skup udara krom dan cermin depan jenis dua tona. Warna, tembak fire red.

Kereta ni bukan dibuat untuk pretasi. Enjinnya masih stok Kancil 850 yang masih sejuk pendingin hawanya. Suspensi yang digunakan ialah daripada L200S. Bukan sebab nak keras saja, tapi nak nampak rendah sikit dengan rim 14 TE37 dan tayar Bridgestone 165/55r14 tadi. Simple yet looks good.

Di tengah-tengah keributan USDM, performance, Itasha, custom, klasik dan kereta trek, nampaknya trend JDM masih lagi mendapat perhatian segelintir kelompok kecil. Saya jenis beli rim JDM tak apa lagi, lebih daripada itu rasa macam tak padan dengan duit yang penat nak cari. Tapi tak main langsung pun tak boleh sebab bukannya kerja majalah Mangga!

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

MITSUBISHI EVO IX

Next Post

TOYOTA ALTEZZA TURBO

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved