Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

HYUNDAI ACCENT USDM

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
12/05/2014
in MODIFIKASI, UTAMA

Istilah seperti Bosozoku, Shakotan, Itasha mungkin antara yang popular dalam menggambarkan trend modifikasi kenderaan di Jepun.

Bentuk pengubahsuaian begini menjadi tradisi sejak turun temurun bagi kereta JDM dan menjadi ikutan di seluruh dunia. Hanya beberapa tahun kebelakangan ni, kita dengar istilah Hellaflush, Stancenation, Illest dan beberapa lagi yang dipopularkan di Amerika Syarikat (AS).

Sebenarnya tidak ada ketetapan rasmi bagaimana jenis pengubahsuaian spesifikasi begini. Tapi secara teorinya, ia berkaitan dengan rim lebar, rendah, camber, tayar ‘stretch’, sticker art (atau disebut juga sticker bomb) dan warna rim yang garang.

Ia boleh dikatakan sebagai cabang daripada apa yang berlaku di Jepun. Tetapi kebanyakan orang berpendapat, budaya baru ini bertitik tolak daripada susahnya mendapat alat ganti dari Jepun yang bukan sahaja mahal nak diimport ke AS, malah originalitinya menjadi isu.

Satu masa dahulu, istilah USDM spec ini terhad pada kereta baru dengan spesifikasi AS yang pelik. Contohnya signal kereta mesti lensa kuning. Sama kesnya dengan reflektor belakang wajib pada kereta untuk spesifikasi Eropah.

Kini USDM mula menular di luar AS. Saya rasa, istilah Hellaflush sudah mendahului senarai pengubahsuaian ini yang sebenarnya ia hanya sekadar satu istilah.

VIP di Jepun dulu dah gila dengan camber dan offset macam ini. Cuma dalam istilah Hellaflush, saiz tidak diutamakan (walaupun sesetengah keadaan diambil kira). Lebih stretch dan camber senget, lebih baik.

Ini sebuah Hyundai Accent. Mungkin langsung tak ada dalam senarai kereta nak dimain oleh budak-budak sekarang yang sibuk dengan JDM. Tapi macam yang saya cakap tadi, USDM style tidak memutuskan jenis kereta. Hyundai ini pun banyak yang dibuat dengan spec Hellaflush yang telah menukar 360 darjah rupa asalnya kepada bentuk yang lebih menarik.

Inilah idea awal yang diperolehi oleh Shahrin. Beli kereta ni pun sebab murah. Berapa harga di pasaran terpakai untuk kereta yang berusia 5 hingga 6 tahun? Tak payah dibanding dengan Civic atau Corolla. Accent mungkin boleh beli dua atau tiga buah.

Lebih menarik, ia bukan generasi Hyundai yang lama. Sekarang bersepah kedai half-cut yang mengkhusus bawa masuk kereta Kia Hyundai. Harganya pula lebih kurang macam half-cut kereta Jepun. Tak macam beberapa tahun lepas masa saya tanya half-cut 2.5 Naza Ria. Enjin kosong pun dekat RM10,000 harganya.

 

Beli kereta ini memang seronok. Tapi yang tak seronok ialah enjin 1.5L yang amat lemau. Nak dijadikan cerita, Shahrin buat kajian dan dapat tahu boleh pasang enjin 2.0L tanpa pengubahsuaian yang besar.

Cari punya cari, dia akhirnya jumpa dengan halfcut Hyundai Tiburon 2.0 manual. Hyundai Tiburon kalau di Malaysia, namanya Hyundai Coupe generasi pertama yang rupanya seakan-akan kacang goreng. Jenis tak tahu mana depan, mana belakang.

Nak buat apa dengan enjin ni? Buat bodo. Tak payah modifikasi beria kalau nak panduk releks saja. Shahrin menukar penapis udara Simota, memasang oil cooler jenis custom, pam bahan api Walbro dan ekzos buatan custom. Kotak gear kereta manual dipasang dengan pelapik klac Triniti. Siap!

Tiba masa untuk Stancenation pula. Rim Enkei RPF1 bersaiz 15 inci dipilih. Rim spesifikasi ini agak susah dapat sebab lebarnya 8 inci dan offsetnya 20. Offset kecil maksudnya roda tertolak keluar. Lagi kecil lagi bagus, atau secara kontrasnya dapat lagi lebar lagi bagus.

Dengan kelebaran 8 inci, tayar Falken yang digunakan bersaiz 165/50/15. Cukup untuk ‘menegangkan’ getah tayar membuatkannya kelihatan nipis dan belon. Ini memang kriteria utama, sebab kalau nak ikut saiz 165 guna pada Perodua Kelisa dan Kenari sahaja pun.

Merendahkan kereta adalah benda wajib bagi gaya USDM. Kampung style pun main kereta pun rendah Yop. Buat malu aje kereta ganas, tapi tinggi macam unta. Accent ini dipasang dengan penyerap hentak boleh laras HWL depan belakang.

Persoalannya, adakah ia made by order? Tidak, memang HWL ada keluarkan mounting untuk Accent. Brek kereta pula guna brek Tiburon/Coupe. Memang cukup menggigit bak kata orang Mentakab.

Bahagian dalaman tidak banyak yang diusik. Cuma kerusi pemandu digantikan dengan Recaro. Bahagian lain masih nampak cantik.

Bahagian kosmetik USDM biasanya dikaitkan dengan sticker bomb, rim warna terang, tak ada spoiler, roof rack, letak basikal dan macam-macam stail. Tidak dilupakan car bra. Kalau terjemah ke dalam bahasa Melayu boleh jadi lucah pula. Jadi, ada baiknya dikekalkan dengan nama asal. Di AS dan Eropah, car bra digunakan untuk mengelakkan batu-batu kecil yang boleh mencalarkan kereta.

Kereta dah siap. Maka pada sesiapa yang dulu rasa menyesal beli Yamaha RX-S, eh silap Accent RX-S dengan skup bonet dan spoiler bagai tu bolehlah kembali ke pangkal jalan. Campak kit tu jauh-jauh dan kekalkan rupa sebuah kereta. Masuk rim, slammed dan flush!

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

 

Previous Post

BMW E30 JDM 325i LHD

Next Post

MINIMALIS MITSUBISHI TRITON

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved