Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

15K ON…!!!

Saiful by Saiful
13/08/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Ia mungkin nampak biasa, sama seperti mana-mana Satria yang biasa kita jumpa. Nak kata ada kepak acah-acah boleh terbang jauh sekali. Kepak mengangkang macam ibu mengandung pun idok. Dah tu, di mana terletaknya kekuatan kereta nih? Di enjinnya kah, atau di tenaganya kah?

Kepada yang tak perasan atau kurang cakna dengan perlumbaan drag tempatan, inilah sebenarnya jentera yang telah menjuarai kategori ST2 – King FWD True Street di Terengganu Drag Battle 2016 baru-baru ini. Hadiah kemenangan bukan calang-calang, boleh buat hantaran untuk mak ngan anak teros. Sekaligus meletakkan statusnya sebagai yang terbesar pernah ditawarkan dalam perlumbaan drag di negara ini. Kalau kira yang halal punya lah…!

Suasana perlumbaan ketika itu memang tegang cokeng. Hadiah besar der, jangan buat pasal. Kulit kacang menyibok atas trek pun boleh jadi gaduh. Dengan catatan masa 7.861, ia berjaya mengatasi lawannya hanya 0.096 saat di depan. Fuhhh, sipi-sipi dah tu. Kalau pandai godek-godek sematpon, korang masih boleh jumpa videonya di Facebook.

Apa rahsianya? Percaya atau tidak, Satria milik Mat Jan ini tidak menggunakan blok 4G63T sebagai asas, tapi blok 4G61T yang lebih pendek. Sebabnya, ia bukan kereta rentong belasahan dan masih memiliki roadtax yang sah. Nak bawak pegi pasor pun boleh, cepat sikit sampai…

Kereta ini dibina hasil kerjasama Mie Ayam Motorsport dan B’ Machine Development, dua nama besar yang tidak asing lagi dalam sukan drag tempatan. Di ruang blok terdapat set piston Wiseco 86mm dengan galas enjin ACL Race. Ia kemudian disatukan dengan kepala silinder 4G63T, yang mengandungi spring injap BC, sepasang camshaft HKS 272° dan cam pulley HKS. Itu aje? Ringkas betol…

Sistem turbo agak tersorok ke bawah berbanding setup mendongak untuk kereta-kereta laju seperti ini. Turbo Garrett GT3582 yang digunakan, digantung pada manifold turbo Tonnka lengkap bersama wastegate Tial 44mm. Sambungan diteruskan ke bahagian intercooler GReddy, sebelum disedut masuk menerusi throttle body Super90. Lebihan boost yang tidak digunakan kemudiannya dilepas keluar melalui injap pelepas Tial.

Bekalan petrol menjadi sangat kritikal untuk sebuah enjin power seperti ini. Selain pam Walbro 455 di dalam tangki, ia turut menggunakan sebuah tangki surge kustom dengan dua pam tambahan jenis Bosch 044 yang ditempatkan di dalam kereta. Ia akan melalui rel bahan api Sard yang bertugas memegang set injektor ID 2000. Jumlah tekanan dan proses balikan dikawal unit regulator Sard, manakala Haltech Platinum Sport 1000 berfungsi menyelenggara sistem pemetaan enjin.

Bahagian dalam tidak direntongkan sesuka hati. Nama pun main True Street. Kang kena protes, saja jer balik awal. Kesemua komponen ini disalin dari Mirage Cyborg R, kecuali tempat duduk depan yang hanya dihuni sebijik bucket mati jenis Bride Zeta. Ruang sebelah lagi dah tak boleh guna, akibat sistem hantaran petrolnya yang kompleks. Aksesori lain yang turut membantu termasuklah stereng Momo Race, tuas gear Cusco, tombol gear Sparco dan sebuah meter boost Apexi.

Satu perkara yang harus dipuji adalah aspek penampilannya yang tidak selekeh. Banyak kali dah gua citer kepentingan benda ni dan ia mula diterima baik kebanyakan pemain industri. Selain penggunaan kit badan Mirage Cyborg R, bahagian hood telah dikacuk dengan komponen EVO III, termasuk penggunaan bumper depan HKS Kansai, cermin sisi Ganador dan binaan arch fender kustom. Rim pulak datang dalam saiz berbeza. Depan pakai Rays Gram Lights 16-inci, manakala belakang diberi rim Volk Racing TE37 15-inci yang lebih kecik. Ngaih kuat boh…

 

Previous Post

RED MODERNO

Next Post

THE GREY BULLET

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved