Kempen Merdeka Volvo 2020
Baru-baru ini, Volvo Car Malaysia telah mengumumkan Kempen Merdeka Volvo 2020 sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang bakal menjelang tiba. Bagi meraikan kepada Hari Kebangsaan ke-63 tahun ini, kempen itu tertumpu kepada tiga model sedan iaitu Volvo S60 T8 R-Design, Volvo S90 T8 Inscription Plus dan Volvo S90 T8 Special Edition.
Ia hadir dengan tiga tawaran istimewa iaitu insurans percuma untuk tahun pertama, pakej optimum Polestar percuma dan servis penyelenggaraan 5 tahun percuma (VSA5+). Volvo Car Malaysia juga menambah tawaran ekstra untuk pembeli Volvo S90 Inscription Plus dan Volvo S90 T8 Edisi Khas dalam bentuk baucar RM15,000 bagi memiliki aksesori model Volvo S90 Inscription Plus.
Manakala kit gaya luaran percuma serta rim dan tayar bersaiz 20 inci bernilai RM35,000 untuk model Volvo S90 T8 Edisi Khas. Volvo Car Malaysia juga telah melanjutkan kempen tempahan dalam taliannya sehingga akhir bulan Ogos. Kempen ini menawarkan pakej optimum Polestar percuma untuk semua kereta Volvo yang ditempah dalam talian.
Sebagai tambahan, pelanggan kad kredit Maybank berhak mendapat Pelan Ansuran Ezypay 0% sehingga RM30,000, yang merangkumi 10 kali Maybank TreatsPoints. Volvo Car Malaysia juga menawarkan peluang untuk memiliki barangan eksklusif Volvo seperti jam tangan, cermin mata hitam, kereta elektrik untuk kanak-kanak dan banyak lagi dengan harga pakej khas RM1,957 untuk semua.
Akhir sekali, dengan kerjasama Thule Malaysia, pemilik Volvo yang menunjukkan kunci kereta mereka ketika membeli beg barangan dan beg galas Thule Crossover 2 akan dihadiahkan Thule Subterra PowerShuttle Organizer bernilai RM119. Pemilik kereta Volvo juga akan mendapat diskaun 15% untuk semua barangan Thule sehingga akhir Disember 2020.
Maklumat lanjut mengenai Kempen Merdeka Volvo 2020, sila kunjungi http://bit.ly/VolvoMY-salesoffers atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook http://bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram http://bit.ly/VolvoMY-IG. Untuk tempahan dalam talian, sila kunjungi pautan ini: http://bit.ly/VolvoMY-booking
Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ