Perlumbaan Endurance 1000km Sepang (S1K) tahun 2021 kembali menghangatkan dunia perlumbaan pada 26 dan 27 November ini setelah setahun menyepi akibat pandemik Covid-19. 𝐓𝐞𝐚𝐦 𝐇𝐈-𝐑𝐄𝐕 𝐃𝐫𝐞𝐚𝐦 𝐂𝐡𝐚𝐬𝐞𝐫 akan mengambil bahagian dengan menggunakan jentera Suzuki Swift dalam kategori MTC (Malaysia Touring Car) dan Suzuki Swift dalam kategori SP2 (S-Production 2).
Hujung minggu ini bakal menyaksikan 𝐓𝐞𝐚𝐦 𝐇𝐈-𝐑𝐄𝐕 𝐃𝐫𝐞𝐚𝐦 𝐂𝐡𝐚𝐬𝐞𝐫 yang dipandu oleh Mitchell Cheah dan Brendan Anthony dalam kategori MTC. Manakala untuk kategori SP2 Suzuki Swift, pasukan ini akan diwakilkan oleh Bradley Anthony dan Alister Yoong. 𝐓𝐞𝐚𝐦 𝐇𝐈-𝐑𝐄𝐕 𝐃𝐫𝐞𝐚𝐦 𝐂𝐡𝐚𝐬𝐞𝐫 telah menjalani siri ujian bersama jentera masing-masing dan bersedia memberi saingan dalam perlumbaan endurance S1K 2021 ini.
Jangan lupa untuk menyaksikan kehangatan perlumbaan selama 9-jam ini menerusi siaran langsung dari SIC Main Grandstand secara percuma. Anda juga boleh stream secara langsung menerusi HI-REV FB www.facebook.com/hirevjunction!
Jumpa anda di sana!