Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

KEMBANG MENGIDAM

Saiful by Saiful
20/12/2018
in MODIFIKASI, UTAMA

Lepas berjaya membina jentera idaman, apa lagi yang boleh memberi kepuasan kepada kau sebagai kaki kereta? Masuk mana-mana pertandingan mungkin. Walau tak menang sekali pun, untung-untung terpilih untuk disiarkan dalam majalah.

“Tengok abah main kereta dulu. Siap masuk majalah lagi. Bukan macam acik kau,” eksen sipolan kepada anaknya yang berusia 6 bulan.

Namun bilangan penerbitan yang semakin kurang, menyempitkan peluang untuk segera dipilih. Lama kelamaan, semangat untuk mencapai impian tersebut mula terbantut sekerat jalan. Nak patah balik tak berbaloi. Sudahnya, ia terbiar berlumut di bawah selimut tanpa kasih sayang.

Subjek kali ini berkisar tentang sorang remaja bangka bernama Iz, yang mengidam terok nak tengok Lancer CK miliknya terpahat di dada majalah. Sebetulnya dah lama siap, cuma segan dengan kondisinya yang kurang sempurna. Memandangkan ia sudah memenuhi kriteria yang ditetapkan, tidak menjadi salah jika rasa mengidamnya itu ditunaikan.

Yang paling elok pada kereta ini tentulah penampilan luarnya. Kembang lagi sado, hasil pemasangan kit badan lengkap EVO VI TME. Bagi memberi aura tambahan, beberapa komponen jenis karbon fiber telah diguna sama, seperti hood, fender, cermin sisi RalliArt, juga spoiler ampaian baju yang tergantung tegak pada boot belakang. Lampu belakang merupakan komponen aftermarket dari Sonar. Manakala lampu depan sebelah kiri telah diubahsuai untuk menempatkan unit projektor dan corong udara kustom.

Tingkat taraf seterusnya ditujukan kepada sistem gantungan, yang kini menggunakan set suspensi jenama Ohlins. Premium bangat tuh! Sistem brek Brembo yang datang bersama halfcut, disalin terus tanpa banyak soal. Paling menjolok mata, rim Advan RG selebar 9.5-inci yang menghuni ruang rodanya. Tak pasal-pasal kena pakai tayar gemok bersaiz 255/40ZR-17. Kembang bebenor tu yeop!

Ketika dibeli, kereta ini hanya dijana oleh enjin 1.5-liter dengan kotak gear tiptronik. Sebab ia kereta projek, enjin tersebut segera digantikan dengan siri 4G63T dari EVO VI TME, yang tentunya lebih lazat berbanding generasi lain. Jenuh jugak nak jumpa!

Selain camshaft Tomei Poncam berdurasi 260°, pemasangan enjin ini turut disertakan dengan peningkatan pada sistem pendesak. Unit turbo TD05RA 16G yang asal terus dikekalkan dan digantung pada sebuah manifold turbo kustom, lengkap bersama wastegate dari Tial. Sambungan ke bahagian intercooler HKS Type S dibuat menggunakan paip jenis aloi. Manakala lebihan boost yang tidak digunakan, akan dilepas keluar menerusi injap pelepas HKS SSQV.

Penyampaian bahan api diserahkan kepada pam petrol Walbro beserta regulator dari Works Engineering. Kuasa cucuhan pulak, menggunakan kit COP dari enjin K20A. Memastikan perjalanan enjin berlangsung lebih sempurna, unit ECU telah diprogram semula mengikut spesifikasi talaan RalliArt.

Jangkaan ia merayap dengan drisap 4 batang ternyata meleset. Kotak gear yang digunakan, rupanya telah dikunci menjadi pacuan depan sebelum dilapik set klac Ogura Racing. Jimat minyak katanya. Bahagian ekzos pulak menggabungkan paip kustom 3-inci dengan muffler Apexi di hujungnya.

Belah dalam menggabungkan komponen milik CK dan EVO di bahagian tertentu. Papan pemuka dengan meter kaler merah tu diambil dari EVO VI. Kemudian ada stereng dari Sparco, serta set tempat duduk Recaro SR4. Aspek pemantauan pulak dibantu deretan meter Defi, serta unit pengawal boost dan meter kuasa Blitz ID. Memudahkan proses tujahan boost, butang scramble telah Iz tanam betul-betul di atas tombol gearnya. Elok jugak!

Lama sangat ngidam, dan hasrat Iz untuk melihat kereta ini terpampang di dada majalah akhirnya berjaya direalisasikan. Harap Iz kembali bersemangat untuk menghadiahkan Si Kembang ini dengan jajan baru yang menarik…

 

Previous Post

PROJECT X

Next Post

READY TO RUMBLE

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved