Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

7 TO 9

Saiful by Saiful
27/01/2020
in MODIFIKASI, UTAMA

Tanpa kita sedari, pengaruh EVO dengan kebanyakan dari kita sebenarnya sangat kuat. Terima kasih atas kerjasama Proton dan Mitsubishi suatu ketika dulu, yang memungkinkan semua ini berlaku. Kalau ditanya sebahagian besar pejuang Proton atau turbo hari ini, memang siri legenda inilah yang mereka idamkan.

Keputusan untuk mengeluarkan generasi CT9A sebagai model produksi massa, akhirnya memberi kesan kepada corak milikan model berprestasi ini secara total. Kau tak perlu lagi bersilat menyiapkan sebuah Lancer menjadi EVO macam dulu-dulu. Maklumlah benda dah bersepah. Tunjukkan ajer muka sedey kat kaunter bank rakyat. Kalau diizinkan, seminggu lepas tu mesti boleh pakai!

Siri Evolution dibina sebagai sebuah sedan sukan yang praktikal. Nak bawak seisi keluarga boleh, nak merempit di trek hujung minggu pun boleh. Faktor inilah yang mendorong remaja bangka seperti Faizal, memilih EVO VII ini sebagai jentera mainannya. Barang banyak, kawan pun ramai. Apa lagi yang lebih seronok dari semua racun ini.

Walaupun dengan rupa sedia garang, bahagian luar telah dinaik taraf menggunakan kit badan milik EVO IX. Baru nampak hensem sikit. Untuk lebih menyerlah, disediakan beberapa komponen tambahan lain macam cermin sisi Ganador, termasuk hood karbon fiber Voltex GT. Selari dengan perubahan ini, ruang roda kini dihiasi rim Volk Racing TE37 bersama tayar Achilles berukuran 18-inci. Untuk membetulkan sektor pengendalian, sistem suspensi dinaik taraf menggunakan komponen dari Tein.

Generasi EVO disegani kerana dibekalkan dengan enjin siri 4G63T yang mesra ubahsuai, termasuk rekod kejayaannya dalam dunia permotoran. Faizal nampaknya belum lagi terjebak ke arah itu dan perubahan yang dilakukan hanya untuk menyegarkan semula prestasi enjin ini.

Bahagian kepala silinder melalui proses port & polish ringan, sebelum dialas gasket keluli Cometic bagi membetulkan kembali nisbah mampatannya. Untuk sistem pendesak, unit turbo TD05HR asal telah dipertingkatkan dengan kit kompresor 20G, diikuti tambahan wastegate Tial dan injap pelepas GReddy Type RS.

Proses sejukan dibantu sebuah intercooler HKS dengan paip sambungan kustom. Bagi memastikan jumlah bahan api yang mencukupi, bekalan petrol dihantar menerusi pam petrol Walbro, sambil kadar tekanan dilaras menggunakan unit regulator Sard. Tiada sebarang toyol yang digunakan dan kesemua perubahan ini, masih mengharapkan keupayaan unit ECU asal.

Kotak gear manual dan sistem pacuan AWD merupakan kelebihan paling besar kepada siri Evolution. Baru ada keyakinan nak main touge dan kanjo. Memastikan masalah gelinciran tidak berlaku, ia dilapik set klac jenis plet berkembar dari OS Giken. Binaan ekzos pulak dibuat secara kustom menggunakan paip bersaiz 3-inci, sebelum bersambung dengan muffler HKS Hi-Power.

Bahagian dalam kereta dibuat lebih santai tanpa perubahan yang ketara. Pebenda lagi nak tukar kan. Hampir kesemua komponen asal masih ditempatnya kecuali penggunaan tombol gear RalliArt serta deretan meter NRG di tengah papan pemuka.

Bergantung kepada individu, sesetengah dari kita mungkin suka membina sendiri kereta yang diimpikan untuk tujuan kepuasan. Tapi bagi mereka yang ingin mengurangkan kos membeli panadol, menaik taraf platform yang sudah sedia baik, lebih memadai…

 

SPESIFIKASI

  • Pemilik – Faizal
  • Pengeluar – Mitsubishi
  • Model – Lancer EVO VII
  • Tahun – 2001
  • Enjin asal – 4G63T
  • Modifikasi Enjin – Port & polish kepala silinder, gasket keluli Cometic, stud ARP, cam pulley Arospeed, turbo TD05HR 20G, wastegate Tial, injap pelepas GReddy Type RS, intercooler HKS, paip intercooler kustom, pengawal boost manual, penapis udara K&N, radiator aloi
  • Transmisi – Manual 5-kelajuan, klac plet berkembar OS Giken
  • Ekzos – Paip kustom 3-inci, muffler HKS Hi-Power
  • Luaran – Kit badan EVO IX, cermin sisi Ganador, hood karbon fiber Voltex GT
  • Suspensi – Tein
  • Brek – Brembo
  • Rim & Tayar – Volk Racing TE37 18-inci & Achilles ATR Sport 225/45ZR-18
  • Dalaman – Tombol gear RalliArt, meter NRG
  • Bengkel – Pit Stop Garage (PSG) & Panching Auto Garage, Kuantan

 

 

 

 

Previous Post

BLACK MAFIA

Next Post

HARI KELUARGA FRIENDS MOTORSPORT

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved