Ditubuhkan sejak tahun 1997, Soon Fong Auto Parts Trading merupakan pakar baik pulih sistem transmisi yang terkenal di Lembah Kelang. Dengan lebih 22 tahun pengalaman, mereka berupaya menyelesaikan masalah transmisi untuk pelbagai jenama kenderaan seperti Proton, Perodua, Honda, Mitsubishi, Nissan, Toyota, Kia, Hyundai, Mercedes Benz, BMW, Volkswagen, Audi dan lain-lain.
Pelanggan boleh terus ke premis mereka untuk mendapatkan pandangan dan khidmat nasihat. Mereka turut menyediakan khidmat diagnostik secara percuma bagi mengesan punca kerosakan. Barisan tenaga kerja yang cekap dan terlatih, akan membantu memberi penerangan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Soon Fong Auto Parts Trading memiliki peralatan baik pulih yang diiktiraf penggiat industri. Kotak gear yang dibaik pulih pula, hanya menggunakan komponen dan kit gantian yang tulen. Bagi mengurangkan beban pelanggan, setiap kotak gear ini datang dengan jaminan sehingga 6 bulan.
Selain itu, Soon Fong Auto Parts Trading turut menawarkan khidmat menukar sistem transmisi dari auto ke manual, membeli semula kotak gear yang rosak, menyediakan khidmat tundaan dan lain-lain. Di Soon Fong Auto Parts Trading, ada pasti berpuas hati dengan mutu perkhidmatan yang ditawarkan.
Soon Fong Auto Parts Trading terletak di Lot 32, Jalan 11C, Kawasan Perindustrian Ringan, Kampung Baru Ampang Tambahan, 68000 Ampang, Selangor. Mereka juga mempunyai cawangan di No. 22A, Lorong Industri Impian 1, Taman Industri Impian, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Sila hubungi Lim: 016-668 3329 (KL) / Khor: 016-212 6305 (Pulau Pinang) untuk maklumat lanjut.
Soon Fong Auto Parts Trading
Lot 32, Jalan 11C, Kawasan Perindustrian Ringan,
Kampung Baru Ampang Tambahan, 68000 Ampang, Selangor
Whatsapp: Lim: 016-668 3329 (KL) / Khor: 016-212 6305 (Pulau Pinang)
FB: facebook.com/Soon-Fong-Auto-Gear-Box-Specialist