EXN Lubricant ingin memperkenalkan rangkaian minyak pelincir jenis sintetik dari siri Carios, yang terbukti keberkesanannya untuk kegunaan kenderaan moden dan jentera berprestasi tinggi. Diadun dengan aditif tambahan terpilih, ia mampu memberikan prestasi yang cemerlang, termasuk menawarkan beberapa kelebihan lain.
Carios Fully Synthetic SAE 0W20 & SAE 0W30
Carios Fully Synthetic adalah gabungan minyak asas sintetik premium dengan aditif tambahan, untuk kenderaan penumpang yang mematuhi peraturan emisi terkini. Ia boleh mencapai tempoh penukaran mengikut saranan sistem komputer kenderaan, kerana struktur molekulnya yang luar biasa. Selain memberi perlindungan kepada enjin, minyak pelincir ini juga boleh membantu penjimatan bahan api. Malah ia turut memenuhi keperluan pihak pengeluar dan industri berbanding minyak pelincir konvensional. EXN Carios Fully Synthetic boleh didapati dalam 2 varian iaitu SAE 0W20 SN/GF-5 & SAE 0W30 SN/GF-5.
Carios Fully Synthetic SAE 0W40 SN/CF PAO
Minyak pelincir ini mengandungi 100% bahan Poly Alpha Olefin (PAO). Ia sesuai untuk semua jenis kenderaan sama ada berenjin petrol, diesel, LPG, termasuk yang dilengkapi dengan sistem pendesak, injap berbilang atau peranti EGR dan DPF. Ia turut menawarkan perlindungan yang optimum kepada enjin, menjamin kestabilan, serta mudah dihidupkan walaupun dalam cuaca sejuk. Kombinasi teknologi aditif terkini dan pengubah kadar kelikatan yang rendah, memastikan perlindungan tambahan terhadap risiko kakisan, kehausan, pengoksidaan, deposit karbon dan enap cemar.
Carios Fully Synthetic SAE 10W60 SM/CI-4 Turbo Tech Plus
Carios Turbo Tech Plus juga mengandungi 100% bahan Poly Alpha Olefin (PAO). Ia diuji dan diformulasikan khusus untuk jentera perlumbaan, yang kebiasaannya bekerja dalam tekanan tinggi. Minyak pelincir ini direka berdasarkan konsep cecair sintetik terkini seperti ester tulen, untuk perlindungan dan prestasi maksimum ketika perlumbaan.
Rangkaian minyak pelincir EXN Lubricant dihasilkan oleh EXN Lube Marketing Sdn.Bhd. Untuk maklumat lanjut, layariwww.exnlube.comdan Facebook:EXN Lubeatau kunjungi mana-mana wakil penjual yang sah di seluruh Malaysia.
EXN Lube Marketing Sdn.Bhd
W3A06-07, Level 3A, Metropolitan Square,
Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya, Selangor
TEL : 03 – 7733 8313, 03 – 7731 5313
FAX : 03 – 7722 1237
EMAIL : inquiry@exnlube.com
Website :www.exnlube.com
FB:EXN Lube