Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

MONKEY DRAGSTER

Saiful by Saiful
05/12/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Bebaru ni kecoh kejap bilamana sebuah portal online, membuat kenyataan yang salah tentang senario modifikasi trak pikap di negara ini. Tak cukup Thailand katanya. Apa lagi, berbakul-bakul ler geng-geng trak seantero Malaya mengutarakan hujah dan ceramah. Gua kenal sapa yang tulis tu dan ia sebenarnya lebih kepada salah interpretasi.

Kepada yang kurang maklum, pengaruh modifikasi trak ala Thailand sebenarnya telah lama berkembang di sini. Kalau ada yang perasan,gua antara yang kuat mengetengahkan konsep ini di dada majalah sejak 3 tahun dulu. Dari kaedah biasa-biasa, modifikasi yang berlaku kini mencapai status quo yang setanding dengan rakan-rakan di Thailand. Jangan kata lowered dan laju, yang tukar jadi petrol pun berlambak!

Ini antara contoh terbaik, bukti kewujudan trak ala Thailand di sini. Ia dibuat dengan sangat teliti, setaraf atau mungkin lebih baik dari yang pernah disaksikan dalam majalah modifikasi trak di sana. Sejujurnya, gua suka letakkan trak milik Afiq ini sebagai benchmark terbaik yang boleh diikuti. Sekurang-kurangnya buat mereka yang gemar kepada gaya dan bukan kelajuan semata-mata…

Tarikan utama mestilah pada sudut luaran, hasil penggunaan kaler ijau gula-gula candy. Bukan stiker tau, tapi dicat sepenuhnya oleh mereka yang cerewet. Satu-satu benda diorang bukak, sampaikan pintu ngan bucket belakang tu pun dicabut sekali. Pintunya dibiar hitam dengan stiker Monkey Diesel Shop yang agak garang. Sementara bucket belakang dibiar kosong tanpa tailgate dan bed liner. Yang ada cuma galang-galang besi Iron Bar Titanium, grill depan Triton Lite, hood karbon fiber Monza, skid plet kustom, serta cermin sisi Craft Square. Dah cun cengggini, jangan pulak kau mintak masuk site. Nak angkut beras sekampit pun pikir banyak kali sebab takut calar-balar…

Sistem gantungan menggunakan set suspensi boleh laras dari ZerOne. Walaupun mahal dan boleh diejes-ejes, ia masih tidak mampu direndahkan pada kadar yang diinginkan. Sebagai penyelesaian, kedudukan asal leaf spring belakang perlu dialihkan ke bawah axle. Bagi menghalang geseran ketika stereng dipusing, bonggol yang menahan lengan bawah pada sistem suspensi depan perlu dibuang sepenuhnya.

Selari dengan setup ini adalah rim yang Afiq gunakan. Ada dua set berbeza, selepas sengaja ditukar ganti dengan rakan sekutu. Nak nampak lain katanya. Rim jenis billet bersaiz 18-inci dari Weld Racing ini, telah digandingkan dengan tayar Nitto N555 berukuran 275/40R-18 setiap satu. Di sebalik roda depan pulak, tersemat set brek 6-pot dari DD Performance untuk bantuan hentian.

Memulakan hayatnya sebagai Triton VGT, beberapa perubahan telah dilakukan pada enjin ini supaya lebih laju. Bahagian dalaman belum diusik, kecuali penempatan gasket keluli pada kepala silinder. Nak kasi lagi berseri, keseluruhan komponen yang boleh dicabut dihantar untuk proses semburan krom kaler-kaler.

Kemasukan udara datang dari penapis udara open pod K&N, terus ke mulut turbo IHI RHF4 (F44) yang dipertingkatkan. Disertakan juga sebuah intercooler dan lingkaran paip kustom, sebelum dihalakan ke manifold kemasukan. Tiada throttle body digunakan, bagi menggalakkan kemasukan boost secara optimum.

Bekalan bahan api diperkuatkan dengan pam diesel berprestasi tinggi, sebelum ditembak menggunakan set nozzle GTX V2. Disebabkan unit SCV asal tidak cukup kuat, ia perlu digandingkan dengan modul Ecu-Shop SCV Control. Bagi mengatur semula perjalanan enjin, ia kini ditala menggunakan unit piggyback Ecu-Shop Diesel Monster Max. Tidak ketinggalan penggunaan unit Ecu-Shop Boost Speed Mark II untuk meningkatkan lagi respon pedal.

Bahagian dalam menerima perubahan yang agak minimum. Takde benda pun yang boleh buat, kecuali menukar kerusi leper asal dengan set tempat duduk Recaro EVO VI yang lebih kepung di bahagian depan. Mengelak clock spring airbagnya melantun tak tentu pasal, ia kini digantikan dengan stereng dari Momo. Paparan elektronik datang dari unit Ecu Shop Monster Gauge, meter boost Auto Meter, serta deretan 6-bijik meter Defi C2. Ada telinga der, patut ligat semacam…

Afiq dah lama menyepi dari sukan drag, lepas bosan mengesan NOS tak jumpa-jumpa. Dalam perlumbaan drag yang pernah disertainya sebelum ini, catatan terbaik yang pernah dilakukan adalah, 8.6 saat (201 meter) dan 11.4 saat (301 meter). Ada gak timing. Kau punya?

 

SPESIFIKASI

  • Pemilik – Afiq
  • Pengeluar – Mitsubishi
  • Model – Triton VGT
  • Tahun -2012
  • Enjin Asal – 4D56 2.5L VGT
  • Modifikasi Enjin – Gasket keluli, penapis udara K&N, turbo IHI RHF4 (F44), manifold turbo Bangmod, intercooler & paip sambungan kustom, pengawal boost GReedy Profec, tangki air & perangkap minyak HPD, radiator aloi Synergy, kipas aloi kustom, pam diesel prestasi tinggi, nozzle GTX V2, Ecu-Shop SCV Control, Ecu-Shop Diesel Monster Max, Ecu-Shop Boost Speed Mark II
  • Transmisi – Kotak gear automatik VGT, penyejuk ATF Hayden
  • Ekzos – Paip ekzos stainless steel Bangmod
  • Luaran – Grill depan Triton Lite, hood karbon fiber Monza, skid plet kustom, cermin sisi Craft Square, Iron Bar Titanium
  • Suspensi – Suspensi boleh laras ZerOne, leaf spring kustom
  • Brek – Kit brek 6-pot DD Performance (depan)
  • Rim & Tayar – Weld Racing 18-inci & Nitto N555 275/40R-18
  • Dalaman – Tempat duduk Recaro EVO VI, stereng Momo, Ecu Shop Monster Gauge, meter boost Auto Meter, meter Defi C2, trim dashboard karbon fiber, sistem audio Pioneer
  • Bengkel – Ecu-Shop Peninsular Cheras, ACT Paint Shop Senawang, Monkey Diesel Shop Kajang

 

Previous Post

MUGEN FREAK

Next Post

CYBORG TROOPER

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved