Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

AWAK SANGAT NAKAL

Saiful by Saiful
27/11/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Kisahnya, si katak ijau milik Apis ni pernah gua siarkan pada Disember 2013. Pastu diulang siaran dengan gaya ala TME pada Disember 2014. Disember tahun lepas, dia sibok menyelamatkan kereta tak cukup pintu ni dari banjir. Dan untuk Disember 2016, Apis kembali mencuri tumpuan dengan setting kaben-kaben yang baru. Asal musim ujan jer kau datang. Patut kaler ijau. Lagi pun inikan majalah baru. Memang elok sangat kalau jentera rare seperti ini didokumenkan semula.

Kenapa gua minat sangat dengan kereta nih? Pertama sebab susah nak jumpa. Mengikut bancian jabatan hutan, cuma ada tiga bijik yang dapat dikesan di sini. Kedua sebab pelik. Mana ada EVO yang datang dengan platform coupe 2-pintu. Ketiga sebab usaha pemiliknya, yang tak jemu-jemu melahirkan sesuatu yang menarik. Nakal sungguh bunyiknya…

Kepada yang kurang mengenali, meh gua recap sikit. Ini adalah model Asti CJ dari generasi ke-5 Mirage, yang memang sebaya dengan Lancer CK / CM kebanyakan. Ia dibeli secara tidak sengaja oleh Apis, selepas melihat keadaannya yang kurang kasih sayang di Sarawak. Lepas puas mengkaji dan mengaji, Apis akhirnya nekad untuk meminang kereta ini setelah yakin dengan potensinya untuk dimajukan.

Acaner coupe 2-pintu ini boleh dilahirkan semula sebagai EVO? Itu dilema yang perlu Apis tanggung. Bukan ada buku panduan pun, kecuali gambaran sipi-sipi dari Google. Maka terpaksalah dicubanya sendiri sampai jadi, walaupun menyedari tempoh masa yang diperlukan.

Untuk setup 2016, kereta ini datang dengan gaya lebih santai. Takde lagi kit badan Varis yang kembang-kembang. Ia sebaliknya hanya menggunakan kit EVO V di bahagian depan, diikuti penggunaan hood karbon penuh Truth, arch roda kustom dan sepasang lampu depan karbon fiber Valeo-Cibie.

Bahagian belakang menampilkan bumper KS Auto, termasuk lampu belakang jenis kristal, arch gemok Feast-Power, bonet karbon fiber Varis serta penyidai kain karbon fiber Voltex. Disertakan juga rangkaian komponen lain seperti sunroof MMC EVO V, cermin belakang berwiper dan cermin sisi karbon fiber RalliArt. Yang dekat pintu tuh? Itu karbon fiber tipu sementara. Nanti ada bajet, baru bikin lain katanya…

Pakej kosmetik ini diteruskan ke bahagian roda, meliputi penggunaan rim Rota Grid bersaiz 18-inci, yang dibalut tayar Achilles ATR Sport berukuran 265/35ZR-18 setiap satu. Apak lebor! Sektor pengendalian kemudian dibantu set suspensi boleh laras Tein Type Flex, manakala salinan brek Brembo dari EVO V terus dikekalkan.

Sebaik hood yang ringan tu dibuka, terpampang sebuah enjin 4G63T EVO V yang masih lagi dara. Apis langsung tak diusik, kecuali penempatan sepasang camshaft HKS 264° di bahagian kepala silinder. Untuk sistem turbo, sedutan udara dibuat secara terus ke mulut turbin TD05 20G, dengan wastegate Turbosmart CompGate 40 berperanan mengawal tekanan pada perumah turbo.

Mampatan boost ini disejukkan oleh intercooler gabak ARC, yang bersambung ke bahagian throttle body menggunakan paip aloi RalliArt. Ia diselia sepenuhnya oleh pengawal boost GReddy Profec B Spec II, sebelum lebihan tekanan dibawa keluar menerusi injap pelepas HKS Racing. Tiada sebarang toyol digunakan, kecuali pemetaan semula unit ECU secara reflash.

Dah alang-alang bikin, sistem transmisi dan keseluruhan komponen pacuan AWD dari EVO V ini, turut disalin sepenuhnya. Nasib baik kedudukan cagaknya masih lagi sama. Memastikan tujahan kuasa yang sentiasa bermaya, kotak gear ini perlu dilapik set klac jenis plet berkembar dari Ogura Racing.

Ruang dalaman datang dengan komponen milik EVO V untuk bahagian dashboard, juga penggunaan meter utama dari SPI. Memang lain macam bila bacaan RPMnya terletak di bahagian tengah. Termasuk dalam pakej ini adalah, stereng ATC Volanti Sportivi Competition, tombol gear RalliArt, harness Takata dan sepasang tempat duduk Recaro A8 yang sangat-sangat limited. Rangkaian gajet pemantau terdiri daripada meter suhu dan tekanan minyak Apexi pada pilar A, meter boost Nippon Seiki yang olskool, meter AFR Innovate serta pemasa enjin Blitz DCII.

Secara peribadi, kejayaan Apis mengangkat status kereta ini sebagai EVO Coupe pertama seumpamanya, pasti akan dihargai sebagai karya paling menarik pernah dihasilkan dalam dunia modifikasi. Ada lagi ke kemunculannya Disember tahun depan? Itu kena tunggu…

 

SPESIFIKASI

  • Pemilik – Apiss Apis
  • Pengeluar – Mitsubishi
  • Model – Mirage Asti CJ
  • Tahun – 1997
  • Modifikasi Enjin – 4G63T EVO V, camshaft HKS 264°, cam pulley HKS, penutup kepala silinder Valdi Sport, turbo TD05 20G, wastegate Turbosmart CompGate 40, intercooler ARC, paip intercooler RalliArt, injap pelepas HKS Racing, pengawal boost GReddy B Spec II, pam petrol Walbro, regulator Sard, ECU reflash, radiator aloi Koyo, plet penyejuk Monster, tangki perangkap minyak ARC
  • Transmisi – Kotak gear manual EVO V, klac plet berkembar Ogura Racing, sistem pacuan AWD
  • Ekzos – Paip titanium 3.5-inci
  • Luaran – Kit badan EVO V, hood karbon penuh Truth, arch roda kustom,lampu depan karbon fiber Valeo-Cibie, bumper belakang KS Auto,lampu belakang kristal, arch belakang Feast-Power, bonet karbon fiber Varis, spoiler GT karbon fiber Voltex, sunroof MMC EVO V, cermin belakang berwiper, cermin sisi karbon fiber RalliArt
  • Suspensi – Tein Type Flex
  • Brek – Brembo EVO V
  • Rim & Tayar – Rota Grid 18-inci & Achilles ATR Sport 265/35ZR-18
  • Dalaman – Dashboard EVO V, meter utama SPI, stereng ATC Volanti Sportivi Competition, tombol gear RalliArt, harness Takata, tempat duduk Recaro A8, meter suhu & tekanan minyak Apexi, meter boost Nippon Seiki, meter AFR Innovate, pemasa enjin Blitz DCII

 

 

Previous Post

THE MAGNIFICENT SEVEN

Next Post

RRRRR…

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved