Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

EASTERN SQUAD

Saiful by Saiful
27/08/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Penghasilan enjin Sirius untuk siri 4G63, telah mengubah persepsi ramai terhadap jenama Mitsubishi. Kalau nak ikutkan, asalnya dibina untuk bersaing dalam perlumbaan rali. Dari SOHC jadi DOHC. Dari NA jadi turbo. Dari Galant pindah ke Lancer. Dari takde MIVEC sampai ada. Malah ia juga merupakan enjin produksi pertama dari pengeluar Jepun yang menggabungkan teknologi EFI dengan sistem pendesak turbo. Ya, yang pertama kau…

Evolusi yang berlaku ke atas enjin ini sebenarnya cukup memberangsangkan. Tu pasal sampai 10 generasi Lancer, lekat dengan nama EVO. Di tangan tuner berpengalaman, ia berjaya ditingkatkan lagi pada nilai yang langsung tak masuk akal. Empat piston sebaris je kot, tapi yang buat sampai 1000 kuda-kuda pun ada. Itu citer mesin sukan pecutlah. Kalau masih digunakan di hujung minggu, peningkatan kuasa sekali ganda seperti EVO VIII milik Nik ni mungkin boleh dipertimbangkan.

Agak lama jugak gua peram kereta dari bandar bauksit nih. Paham-paham jelah, masa tu takde saluran yang sah untuk diketengahkan. Dari segi rupa, ia tampil dengan gaya yang cukup bersahaja, tanpa kesan khas yang nyata. Gua agak sebab kaler. Kalau ditembak kaler G-Shock Mat Moto, mungkin lain ceritanya.

ekalan kaler asal ini menyebabkan sebahagian komponen luaran yang dipasang nampak kurang menonjol. Padahal ada hood CF Varis, cermin sisi RalliArt, bonet dan spoiler belakang CF, serta bumper belakang EVO IX. Mujur rim SSR Type C dan tayar gemok Yokohama R1 berukuran 235/45ZR-17, membantu menyelamatkan keadaan suram ini.

 

Seperti dijangka, bahagian dalaman juga tidak menerima perubahan yang ketara. Komponen penting seperti papan pemuka, tempat duduk, stereng dan keseluruhan panel, masih milik EVO VIII yang asal. Yang ada cuma tombol gear RalliArt, lampu Super Shift Pivot, pemasa enjin Apexi serta deretan 6 bijik meter Defi di ruang tengah.

Cerita sebaliknya berlaku di bahagian enjin. Macam-macam toyol dah Nik masukkan bagi memberi kepuasan dalam dunia kelajuan. Selain penempatan rod penyambung dan piston 86.5mm Tomei, bahagian crankshaft juga telah dihantar untuk proses imbangan semula.

Enjin 4G63T EVO VIII belum menerima teknologi MIVEC ketika diperkenalkan. Takpelah, buat cara lain pun laju jugak. Sebelum set camshaft Tomei dipasang, bahagian kepala silinder ini diberi kerja-kerja port & polish oleh Nasty Portflow.

Untuk sistem pendesak, unit sipot asal telah digantikan dengan turbo Garrett GT35 yang digantung pada manifold tanduk Tonnka. Bersamanya, disediakan wastegate Tial 44mm, intercooler Blitz, sambungan paip intercooler aloi, serta injap pelepas HKS Racing dan pengawal boost GReddy Profec B Spec II. Bagi menggalakkan kemasukan boost, unit throttle body dan manifold kemasukan menerima komponen jenis Skunk2 Pro Series yang lebih besar.

Bila semuanya besar, minyak pun kenalah besar jugak. Bermula dengan pam petrol Walbro 450, bekalan bahan api ini dipancitkan oleh set injektor FIC 1250cc. Campuran yang terbentuk, seterusnya diletuskan oleh palam pencucuh yang menerima kuasa dari set COP Spark Tech. Bagi mendapatkan mapping enjin yang tepat, ia kini ditala menggunakan unit EMS Link G4.

Sistem pacuan 4-roda merupakan kelebihan kepada semua varian EVO. Baru yakin nak main Genting. Namun untuk kereta ini, hantaran kuasanya jauh lebih padu hasil bantuan kotak gear manual 6-kelajuan dari EVO IX, termasuk penggunaan set klac Exedy Hyper jenis triple plate.

Jadi berapa yang Nik dapat lepas makan tahun mengadap muka pomen-pomennya? Kira-kira 560 kuda-kuda pada boost 2.0 bar dengan RON97. Boleh sangat dah tu. Kalau sanggup menadah Petron Blaze setiap minggu, mau tinggi lagi…

 

Previous Post

FERIO IDAMAN

Next Post

G’s RAWK!!!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved