Bagi menutup kalendar aktiviti 2018, Kelab Mazda Familia BG Enthusiasts Malaysia (BGE@MAL) telah menganjurkan sesi pertemuan bertempat di Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak pada 27 & 28 Okotber yang lalu. Ia berjaya mengumpul para pemilik Familia BG dari seluruh negara, khususnya dari Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang.
Menurut Presiden BGE@MAL Saudara Hafiz Yusof, sesi pertemuan ini menjadi platform terbaik kepada ahli-ahli kelab untuk lebih mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim. Ia turut memberi peluang kepada mereka mengambil bahagian dalam aktiviti yang dirancang seperti autoshow, cabutan bertuah, karaoke, sesi bergambar, termasuk lawatan ke tempat-tempat menarik sekitar Kuala Kangsar.
Mewakili pihak admin, BGE@MAL ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penaja, serta semua yang telah mengambil bahagian. Semoga kemeriahan acara ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan.
Foto: Encik Bob