Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Buat Penampilan Pertama dalam Arena Perlumbaan Antarabangsa di Sepang

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
30/06/2025
in BULETIN, UTAMA

Pusingan ke-2 Vios Challenge 2025 menandakan satu detik penting dalam sejarah perlumbaan tempatan apabila buat pertama kalinya kejohanan ini dianjurkan bersama siri AUTOBACS SUPER GT Malaysia. Perlumbaan ini menyaksikan gabungan ketiga-tiga kelas iaitu Super Sporting, Sporting dan Rookie, dengan penyertaan 36 pelumba termasuk dari Thailand, Singapura dan India.

Tidak seperti format 10-lap biasa, pusingan ini memperkenalkan format endurance selama satu jam di litar penuh Petronas SIC sepanjang 5.543 km – menjadikannya lebih mencabar dari segi mental dan fizikal. Acara ini juga turut menyaksikan kehadiran lebih 28,000 penonton pada hari pertama, menjadikan minggu perlumbaan ini antara yang paling meriah selepas kembalinya SUPER GT ke Malaysia sejak 12 tahun lalu.

Race 1 | Pecutan Awal, Strategi Jadi Penentu
Dalam perlumbaan hari pertama, Super Sporting Class menyaksikan persaingan sengit sejak awal apabila Eddie Lew dari Laser Motor Racing mendahului selepas lampu hijau, mengatasi rakan sepasukan Ady Rahimy yang tergelincir ke kedudukan kelapan.

Namun, pelumba Wheelcorp, Nabil Azlan mengambil alih kedudukan teratas menjelang pusingan ketiga, sebelum ditewaskan oleh Freddie Ang dari Telagamas Toyota yang tampil bertenaga dalam separuh masa kedua perlumbaan dan memenangi perlumbaan dengan hanya 0.7 saat di hadapan Nabil. William Ho dari Toyotsu Racing melengkapkan podium.

Sporting Class pula didominasi sepenuhnya oleh Jwan Hii dari Hong Huat x Armada KK Racing yang memimpin dari mula hingga ke garisan penamat. Beliau menewaskan Datuk Dr Ken Foo dari Kulim Top Wheels dengan jurang 8 saat, manakala tempat ketiga dimiliki pelumba Thailand, Varunchit Wattanathanakun dari RUK Team Nexzter PMC 52.

Dalam Rookie Class, Aydan Khaliq muncul juara selepas pertarungan sengit dengan Harkiesh Geeva yang malangnya mengalami kerosakan mekanikal beberapa minit sebelum tamat. Rahul Dev menamatkan perlumbaan di tempat kedua, manakala Harkiesh kekal di tempat ketiga.

Race 2 | Ketahanan Fizikal Jadi Kunci Kemenangan
Aksi hari kedua mengekalkan intensiti dengan suasana “door-to-door racing” sepanjang satu jam perlumbaan. Dalam Super Sporting Class, Mitchell Cheah dari Team Prima Pearl SP Selatan melonjak ke hadapan dari petak kedua seawal perlumbaan dan mengekalkan pendahuluan meskipun kereta keselamatan dikerahkan seawal pusingan kedua. Ady Rahimy sekali lagi muncul pencabar utama namun sekadar di tempat kedua selepas pertarungan rapat dengan beberapa pelumba termasuk Freddie Ang yang meraih podium ketiga untuk hari kedua berturut-turut.

Dalam Sporting Class, pasukan BAE Racing by ES Yang menguasai pentas apabila Justin Toh dan Elson Lew menamatkan perlumbaan di tempat pertama dan kedua. Varunchit Wattanathanakun sekali lagi mengekalkan konsistensinya dengan podium ketiga – satu lagi pencapaian stabil buat pelumba Thailand itu sepanjang minggu.

Rookie Class pula memberi pentas kepada Justin Rahul Dev yang muncul juara, diikuti pelumba wanita Genevieve Ooi di tempat kedua – pencapaian terbaiknya sejak menyertai Program Pembangunan Bakat Muda TGR Malaysia. Tempat ketiga menjadi milik Aydan Khaliq. Genevieve berkongsi bahawa peningkatan kecergasan dan fokus mental sangat penting untuk mengekalkan prestasi dalam perlumbaan endurance. Beliau juga mengambil iktibar daripada insiden Race 1 yang menyebabkannya terkeluar dari kelompok hadapan akibat tayar pancit.

Previous Post

Bawa Pengalaman Ferrari Sejati ke Malaysia

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved