Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Kembalinya Kehebatan Sukan Rali di Malaysia

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
21/12/2023
in BULETIN, UTAMA

Sukan lumba rali bakal kembali pada tahun 2024 setelah genap lima tahun sunyi di Malaysia. Sudah tentu ramai yang rindu deruman kereta-kereta lumba rali yang berdesup laju, meredah ladang-ladang sawit dan tidak sabar menyaksikan kehebatan sukan lasak ini beraksi di depan mata.

Keindahan laluan ladang sawit yang mencabar dan berkelajuan tinggi di Malaysia, diikuti sejarah sukan rali di Malaysia yang pernah melahirkan beberapa nama besar termasuk Juara PWRC – Karamjit Singh. Beliau telah meletakkan nama Malaysia di antara penganjur dan loksi perlumbaan yang amat diminati khususnya di Asia Pasifik.

Pada bulan Mac tahun hadapan, kita bakal menyaksikan penganjuran acara sukan lumba rali secara besar-besaran. Penganjuran berbentuk karnival ini dijadualkan berlangsung di Kawasan Parlimen Paya Besar yang mengandungi ladang sawit Felda Panching dan keindahan Bandar Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Perlumbaan MIRC adalah berskala karnival yang besar bagi menarik minat penonton dan peminat rali ini akan dianjurkan oleh Millennium Motorsport Adventure Club (MMAC). Diuruskan oleh sebuah syarikat pengurus acara gergasi iaitu Semenyih Eco-Ventures Resort & Recreation dengan rakan strategik dari Pejabat Parlimen Paya Besar, Majlis Bandaraya Kuantan dan Kerajaan Negeri Pahang serta Pahang Corporation. Acara ini turut diikhtiraf oleh Motorsports Association of Malaysia (MAM) serta Kementerian Belia & Sukan, Malaysia.

Pengarah Acara, Dato’ Seri Mohamad Khafey Ikhwan Bin Abdul Latiff berkata, “Penganjuran MIRC kali ini adalah berstatus berbeza dengan penganjur lain pada sebelum ini. Acara utama adalah perlumbaan rali itu sendiri yang akan disertai oleh pelumba rali dan kereta rali terbaru dari China, Thailand dan Indonesia. Malah, pelumba-pelumba tempatan pasti akan menantikan kembalinya kehebatan sukan rali di Malaysia ini.”

“Bagi menambahkan kemeriahan sepanjang minggu berlangsungnya perlumbaan rally tersebut, kami akan turut menganjurkan karnival dan makanan di dua tempat utama iaitu di dalam Tapak Karnival Felda Panching dan Tapak Karnival Bandar Kuantan, Pahang. Konsert dari artis terkini dan cabutan bertuah akan berlangsung di Kuantan pada hari Jumaat dan Ahad. Manakala Ceramah Agama Perdana dari penceramah dan tokoh agama terkemuka berlangsung di tapak Karnival Felda Panching pada hari Sabtu malam.”

Sementara itu, Ahli Parlimen Paya Besar, Yang Berhormat, Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah turut mengalu-alukan kedatangan acara sukan lumba rali dan karnival terbesar ini. “Felda Panching amat unik dan indah untuk dijadikan litar perlumbaan rali yang julung kalinya setelah 5 tahun hilang dari kalendar sukan permotoran negara”

“Kami bersedia membantu dari setiap aspek penganjuran bagi memastikan ‘rally come-back’ ini berjaya sepenuhnya dan memuaskan hati semua pihak. Saya juga amat berbesar hati dan bangga kerana Felda Panching akan dijadikan litar lumba rally yang berprestij ini.”

Presiden MMAC, Hj Sutan Mustaffa Salihin turut melahirkan rasa gembira kerana penantian pelumba dan peminat sukan lumba rali ini akhirnya kembali menjadi kenyataan. “Saya berterima kasih kepada pihak Semenyih Eco-Ventures terutama Pengarah Acara ini iaitu Dato’ Seri Mohamad Khafey Ikhwan kerana merealisasikan impian kami peminat sukan rali di Malaysia yang lama menanti come-back ini. Malah tagline acara kami adalah The Best Rally Tradition Is Back!”

Perlumbaan rali berstatus antarabangsa ini bakal menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah hampir RM30,000 kepada semua pemenang kelas 4WD & 2WD termasuk keseluruhan hadiah motosikal bagi setiap kategori dipertandingkan. Ianya juga belum termasuk hadiah-hadiah sampingan lain yang bakal diumumkan kemudian.

Pihak penganjur berbesar hati untuk membuka peluang dan bekerjasama dengan mana-mana pihak swasta dan korporat untuk menjadi rakan penaja dan rakan strategik bagi meneruskan kesinambungan kegemilangan sukan lumba rali di Malaysia.

Previous Post

Terbuka Kepada Pereka Dan Pelajar, Terima Penyertaan Tujuh Negara

Next Post

Dari Sebuah Kawasan Tanaman Getah Kepada Litar X-Treme Park

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved