Dinamakan sempena perkataan Spanyol untuk memecut berbanding perkataan lama Jerman melambangkan berani, Corrado dilancarkan pada tahun 1988. Dibina oleh Karmann di Osnabruck, liftback coupe ini telah dibatalkan pada tahun 1995!
Digantikan pula oleh Golf berasaskan Scirocco yang bertahan dari tahun 2008 dan 2017, Corrado bukan kejayaan komersial oleh standard Volkswagen. Sebanyak 97,500 unit dikeluarkan dalam masa tujuh tahun yang bermaksud hanya 14,000 dalam masa setahun. Kenapa ia dihentikan?
Volkswagen memutuskan untuk memberikan penampilan lebih bergaya kepada Scirocco yang menggantikan Corrado termasuk spoiler belakang yang super cool. Namun, perkembangan baik ini memperlihatkan satu kesilapan besar yang dilakukan pengeluar dengan meletakkan harga terlalu tinggi. Direka untuk mengisi jurang antara Scirocco dan Audi Coupe, Corrado merupakan siri pengeluaran VW paling mahal dengan spesifikasi G60.
G60 merujuk kepada supercharger scroll-type yang dimuatkan untuk varian ini, supercharger di mana bahagian interiornya menyerupai perkataan G. Kemudian, pengeluar dari Jerman itu melancarkan VR6 12-valve yang didatangkan bersama pilihan 2.8 liter dan juga 2.9 liter yang mempunyai sudut lebih tirus serta menampilkan kepala silinder tunggal di atas bank silinder 15-darjah. VR6 ini dipasangkan ke dalam beberapa model seperti Atlas dan Atlas Cross Sport pada tahun 2022.
Volkswagen turut mengeluarkan VR6 turbocharged untuk pasaran China dan ianya lebih murah kerana menggunakan kepala silinder tunggal berbanding konvensional V6 yang memerlukan 2 silinder. Namun begitu, apa yang lebih penting adalah sudut tirus di antara bank silinder ini mengurangkan kelebaran enjin berbanding enjin V6 yang diuji untuk percubaan.
Bagaimanapun, ia kekurangan rekaan yang ‘menyengat’ Scirocco generasi kedua. Corrado juga dikatakan gagal kerana diiklankan sebagai kereta sport walaupun ia sebuah FWD. Pengeluaran harian Karmann ini hanya berkapasiti 80 unit sehari, jumlah yang tidak pernah dicapai syarikat Jerman ini menerusi Corrado.
Hakikatnya, Volkswagen sepatutnya dipasarkan seperti Scirocco. Beberapa kemasan dan pilihan seperti AWD berkemungkinan membuka ruang untuk Corrado kepada golongan sasar yang lebih luas. Sekiranya berjaya, Corrado masih lagi ada di pasaran yang mempunyai rekaan mirip Golf.
Baru-baru ini, Corrado telah ‘dihidupkan’ semula oleh salah seorang artis Pixel iaitu Marouane Bembli a.k.a The Sketch Monkey dengan rekaan kontemporari diambil dari Audi, set rim double-spoke, hujung hadapan yang lebih tajam begitu juga dengan spoiler yang asalnya active rear spoiler.
Ia bukan rekaan yang kurang menyerlah tetapi dalam masa yang sama, coupe tradisional tidak begitu popular seperti dahulu. Crossover gaya coupe mempunyai permintaan tinggi walaupun harga permulaannya agak mahal dengan kapasiti trunk yang teruk jika dibandingkan dengan beberapa model seangkatan dengannya seperti X6 dan X5, begitu juga X4 dan X3.
Sumber : Autoevolution