Projek yang paling dinanti-nantikan oleh segenap pengikut jenama Apple dan juga sebahagian peminat kereta, Apple Car kekal misteri. Tidak dinafikan, Apple berjaya menyekat segala informasi dari terlepas dan bocor membuatkan pelbagai spekulasi yang timbul. Tidak kurang juga yang mempersoalkan samada projek ini benar atau hanya sekadar omong kosng.
Baru-baru ini, ada khabar angin yang mula bertiup kencang dan pastinya bukan sesuatu yang diharapkan oleh mereka yang menanti-nantikan kehadiran Apple Car ini. Dikatakan, Apple Car yang diuar-uarkan sebagai projek yang bakal menjadi satu produk revolusi ini gagal menyaingi kereta keluaran Tesla ekoran pelbagai cabaran yang terpaksa dilalui.
Apple Car dilaporkan tidak boleh dikendalikan tanpa sebarang input ‘manusia’ dan terpaksa kembali kepada asal iaitu dengan menggunakan pendekatan konvensional. Selepas pintu dibuka, anda akan disambut dengan kabin tradisional dengan stereng, pedal dan lain-lain.
Dalam erti kata lain, Apple tidak akan melancarkan sebuah produk revolusi tetapi hanya cuba mencipta semula dengan menggunakan sistem pemanduan eksklusif di atas lebuh raya yang bakal dijual pada harga mampu milik. Ada satu ketika, ramai menjangkakan projek ini bakal berakhir dengan terhasilnya sebuah kereta yang berharga ratusan ribu. Ya, itu mustahil terjadi dengan melihat situasi terkini.
Lazimnya, produk keluaran Apple dijual pada harga premium bagi menandakan kualiti serta kemampuan produk generasi baru itu sendiri. Hal itu tidak berlaku kepada projek Apple Car yang dikatakan dijual pada harga mampu milik. Jika Apple meneruskan menggunakan pendekatan ini, maka kuranglah nilai revolusi yang diharap-harapkan pengikutnya. Mungkin hargnya sekitar entry-level Model S?
Sumber : Autoevolution