Didedahkan buat pertama kalinya pada Januari 2017 semasa North American International Auto Show yang diadakan di Detroit dan dibina atas platform tradisional TNGA (GA-K), ia telah menjalani prosedur klasik yang menyegarkan pada tahun 2020 untuk model keluaran tahun 2021.
Namun begitu, ianya selamat untuk dikatakan bahawa ia tidak akan berada di pasaran sebelum tahun 2024 atau untuk model keluaran tahun 2025. Jangan bimbang, mungkin model asalnya masih lambat menjengah di pasaran tetapi ada pihak yang telah pun memaparkan bagaimana ia bakal kelihatan dan pastinya bukan model yang rasmi buat masa sekarang!
Youtuber dengan channel AutoYa telah membayangkan model generasi kesembilan ini untuk siri global Toyota Camry. Suka diingatkan sekali lagi bahawa ini bukanlah model rasmi tetapi dengan All-New Honda Accord yang sibuk diperkatakan buat masa ini, ramai yang beranggapan Toyota mengambil kira untuk menayangkan model yang betul-betul segar dan baharu agar dapat menandingi pesaingnya