OMODA 5, produk pertama di bawah siri OMODA global baharu Chery, telah membuktikan kualiti dan kebolehpercayaan tahap globalnya dengan kelulusan Ujian Tri-Extreme yang dijalankan dalam keadaan ekstrem suhu rendah (<-40°C), suhu tinggi (hampir 50°C) serta ketinggian 5,200 meter.
Dalam keadaan sejuk ekstrem -43°C, fungsi-fungsi OMODA 5 seperti pemanasan, defrosting dan defogging semuanya berfungsi seperti biasa, dan masa penghidupan enjin sejuk turut terkawal antara satu hingga tiga saat.
Dalam keadaan panas ekstrem 49.6°C pula, OMODA 5 lulus ujian dinamik keseluruhan, merangkumi pergerakan rumit di atas pelbagai keadaan permukaan, termasuk ketahanan cuaca dan pendedahan kepada matahari dan debu. Selain itu, suhu penghawa dingin pada vent serta aras kepala penumpang didapati lebih rendah daripada model-model pesaingnya, mencapai tahap cemerlang dalam kelasnya.
Pada ketinggian 5,200 meter, dengan tekanan udara di bawah 60 kPa, yang boleh menyebabkan penyekatan kuasa kepada banyak enjin, OMODA 5 tidak terjejas, dibuktikan melalui ujian tindak balas trenkuasa, menaiki cerun secara ke hadapan serta mengundur, dan sebagainya.
Pengesahan kualiti dan kebolehpercayaan tahap global OMODA 5 ini bergabung dengan teknologi pintar, reka bentuk bergaya dan kuasa cekap bagi menghasilkan kenderaan menarik yang komited terhadap memenuhi keperluan dan kehendak golongan muda di seluruh dunia, termasuk Malaysia.