Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Akan Diamalkan Chery Di Malaysia, Sasar Tawar Polisi Servis Kompetitif

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
14/09/2022
in BULETIN, UTAMA

Sejak penubuhannya, Chery amat komited terhadap menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi bagi pengguna global melalui pendekatan user-centric, ataupun mengutamakan pengguna, bagi terus meningkatkan kualiti perkhidmatan serta kepuasan pelanggan.

Chery mengamalkan kaedah pengurusan penyelidikan Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI) untuk memastikan sejauh mana perkhidmatannya memenuhi keperluan dan kehendak sebenar pelanggan. Menerusi reka bentuk tinjauan yang teliti, persediaan pra-selidik serta pelaksanaan dan penambahbaikan berterusan, Chery mendekati para pelanggan dengan lebih mendalam, memahami gaya hidup, keperluan dan kehendak mereka secara menyeluruh, dan memanfaatkan pengetahuan ini untuk meningkatkan pengalaman dan kesetiaan pelanggan.

Selain mendengar isu pelanggan melalui penyelidikan aktif, Chery juga telah membangunkan saluran perkhidmatan atas talian bagi membolehkan tindakbalas dan penyelesaian yang cepat. Platform data OTA (over-the-air) bukan sahaja boleh mendiagnosis kenderaan secara bijak dari jauh, malah menyediakan perkhidmatan dan penyelesaian dalam cloud.

Aplikasi mudah alih global yang beroperasi 24 jam juga membolehkan respons pantas kepada isu pelanggan. Pelanggan juga boleh membuat janji temu servis dengan mudah. Maklumbalas pelanggan di media sosial juga sentiasa dipantau, ditambah dengan tindakbalas cepat daripada pasukan selepas jualan Chery bagi meningkatkan keyakinan dan kepercayaan pelanggan.

Pasukan teknikal global Chery menjadikan perusahaan automotif terkemuka dunia sebagai penanda aras, dan sejak 2002, syarikat tersebut telah menganjurkan pelbagai pertandingan kemahiran servis global yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pekerja teknikal dan mencungkil bakat berkualiti tinggi. Bakat-bakat teknikal dari Brazil, Chile, Argentina, Mesir serta negara-negara lain bersaing di pentas yang sama, mencerminkan daya saing global Chery dalam bidang teknologi dan perkhidmatan selepas jualan.

Kepuasan pelanggan tidak hanya dicapai melalui penyelesaian isu. Di peringkat global, Chery berusaha keras untuk mengadaptasikan perkhidmatannya mengikut pasaran, termasuk mewujudkan identiti korporat bagi ruang istirahat tetamu yang mengambil kira adat dan tradisi tempatan, membawakan pengalaman perkhidmatan peringkat VIP kepada para pengguna di seluruh dunia.

Pada Julai, JD Power telah mengeluarkan keputusan 2022 China Sales Service Satisfaction Study (SSI) dan Chery sekali lagi menduduki tempat kedua dari segi kepuasan jualan di kalangan jenama China. Pada Ogos, dalam 2022 New Car Attractiveness Index Survey Report JD Power, Chery meningkat lapan kedudukan ke tempat ke-15 dalam kalangan jenama arus perdana – Arrizo 6 Pro menjuarai kategori sedan bersaiz sederhana manakala Tiggo 8 Pro Max menduduki tempat kedua dalam segmen SUV mid-size.

Perkhidmatan Chery merangkumi seluruh kitar hayat pemilikan kenderaan, dan syarikat tersebut telah membina reputasi yang kukuh di kalangan pengguna global sebagai syarikat yang mengamalkan pendekatan perkhidmatan yang mesra dan mengutamakan pengguna. Chery akan memanfaatkan pengalaman global ini untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi bagi rakyat Malaysia, mengutamakan pengguna melalui rangkaian jualan dan selepas jualan baharu di seluruh negara, serta menawarkan polisi servis yang kompetitif.

Chery akan terus berusaha untuk membina dan mengekalkan keyakinan dan kepercayaan pengguna Malaysia melalui penyelidikan pasaran yang menyeluruh, memahami keperluan dan kehendak mereka dan secara berperingkat, mengoptimumkan serta mengembangkan perkhidmatannya untuk memberi kepuasan penuh kepada rakyat Malaysia.

Previous Post

Dikatakan Bakal Dilancarkan Di Pertengahan Dekad Ini!

Next Post

Lincoln Dedah Model L100, Tarik Perhatian Pengunjung!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved