HELLA, pengeluar teknologi pencahayaan Jerman terkemuka dalam industri automotif, kini memperkenalkan inovasi baharu HELLA Mentol Lampu RETROFIT LED – produk mentol LED pertamanya yang dikhususkan untuk lampu hadapan kereta.
Sebelum ini, HELLA telah menghasilkan dan mengeluarkan mentol lampu halogen, lampu sorot, pengelap dan hon untuk kereta serta mengukuhkan kedudukan pasarannya melalui penghasilan lampu depan berprestij yang inovatif. Pelancaran mentol lampu LED Retrofit HELLA dijalankan secara eksklusif bersama dengan auto2u.my, Pasaran E-dagang Automotif Utama Malaysia khusus untuk pemilik kereta.
Eksklusiviti ini memberi peluang pertama kepada pelanggan untuk membeli mentol LED baharu melalui laman web auto2u.my, sebelum boleh didapati di mana-mana platform e-dagang lain. Selain itu, pelanggan juga akan menikmati diskaun 25% berserta hadiah percuma bernilai RM89.00 dengan menggunakan Kod Promo “AUTO2U25“ semasa Jualan Pra-Pelancaran HELLA dari 23 Ogos – 22 September 2022.
Stefan van Dalen, Pengurus Eksekutif Segmen Perniagaan Aftermarket Hella berkongsi, “kami teruja untuk melancarkan mentol LED Retrofit serba baharu ini, yang diinnovasi dengan mengambil kira keperluan peminat kereta dan basikal moden. Kolaborasi bersama auto2u.my, sebuah platform e-dagang automotif khusus, juga membolehkan kami menyasar peminat pemotoran dengan lebih tepat.
Jackie Wong, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif auto2u.my, turut menyatakan sambutan positif terhadap kolaborasi ini, “kami berbangga dapat bekerjasama dengan jenama Jerman terkenal seperti HELLA dan menjadi yang pertama untuk memperkenalkan Mentol LED Retrofit inovatif baharu ini ke pasaran. Di auto2u.my, kami hanya bekerjasama dengan prinsipal jenama untuk memastikan semua produk kami asli sambil memberikan tawaran terbaik untuk pelanggan kami.”