Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Kini Ditawarkan Pada Harga Bermula RM169,990

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
02/08/2022
in BULETIN, UTAMA

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) berbesar hati untuk mengumumkan pengenalan Golf R-Line serba baharu dan digital sepenuhnya yang ditawarkan dari harga RM169,990. Model serba baharu itu mengekalkan reka bentuk Golf yang tidak ditelan zaman. Namun, ia kini lebih sporty dan ekspresif, terima kasih kepada gayaan R-Line.

Direka dengan tumpuan kepada kecekapan aerodinamik, bampar hadapan berbentuk C itu lebih rendah untuk prestasi yang lebih responsif. Penampilan sporty itu disempurnakan lagi dengan rim aloi Valencia bersaiz 17” dan sepasang paip ekzos krom hiasan berbentuk trapezoid.

Reka bentuk dan ciri pada Golf serba baharu ini dicipta untuk memberi keterujaan. Manakala prestasi adalah lebih daripada yang disangkakan. Di bawah hud Golf R-line terletak enjin turbo 1.4TSI berkuasa 150PS dan tork 250Nm yang dipadankan dengan transmisi lapan kelajuan shift by wire.

Sebagai generasi Golf paling progresif, aspek digital Golf R-Line ditingkatkan untuk lebih kemudahan dan ketersambungan yang lancar. Operasi intuitif kereta ini disokong oleh sistem kawalan suara pintar yang boleh diaktifkan dengan mudah melalui “Hello Volkswagen” atau menekan butang suara pada stereng. Ia memberi maklum balas kepada arahan suara seperti “Saya sejuk” dan akan menaikkan suhu pendingin hawa.

Pengecaman dan kualiti suara untuk panggilan telefon adalah jelas kerana ia mampu mengesan individu yang bercakap (pemandu atau penumpang), seterusnya memberi respons sewajarnya, seperti mengenal pasti zon pendingin hawa mana yang perlu diubah suai.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkongsi keterujaannya dengan pelancaran ini. “Kami berbangga kerana mampu memasang Golf yang ikonik ini di Malaysia. Ia menjadi peluang terbaik untuk memiliki sebuah Golf yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia, di samping teknologi dan ciri terkini dalam generasi terbaharu ini. Golf R-Line serba baharu dan digital sepenuhnya ini merupakan satu inspirasi. Ia adalah hatchback yang anda ingin dilihat memandunya.”

VPCM menyokong pelanggan melalui perkhidmatan selepas jualan dengan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, selain jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama lima tahun.

Tempahan dan pandu uji boleh dibuat di semua pengedar sah Volkswagen di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.volkswagen.com.my

Lampu
Pandangan yang optimum ditawarkan menerusi lampu utama dan belakang LED sepenuhnya. Terdapat juga jalur LED nipis pada bahagian hadapan yang menyerlahkan lagi penampilannya.

Keselesaan dan Ketersambungan
Bagi menyempurnakan lagi rekaan luaran yang sporty, Golf R-Line hadir bersama tempat duduk hadapan sport yang dibalut fabrik Sardegna dan kusyen sisi Art Velours untuk memberikan keselesaan maksimum. Tidak ketinggalan, sulaman logo R-Line pada perehat kepala.

Rasai pengalaman visual ketika setiap kali memandu kerana lampu ambien 30 warna boleh disambungkan dengan mode pemanduan. Anda juga boleh menukar warna lampu berkenaan mengikut mood dan kegemaran.

Terdapat lima mode warna yang telah ditetapkan (Infinity, Eternity, Desire, Euphoria, Vitality) serta tetapan individual yang boleh dipilih.

Ruang dalaman yang selesa dan menyenangkan ditingkatkan lagi melalui sistem pendingin hawa 3 zone Climatronic. Laraskan suhu dengan sentuhan atau melalui arahan suara. Ada dua mode utama untuk pendingin hawa iaitu Smart Climate dan Classic Climate dengan setiap satunya dilengkapi pelbagai fungsi berguna. Pendingin hawa 3 zone Climatronic dilengkapi ciri Air Care untuk menapis spora, debunga dan partikel bagi memastikan udara kekal bersih.

Ruang dan Kemudahan
Ruang kekal menjadi keutamaan pada hatchback ikonik ini. Ia menawarkan ruang yang luas buat seisi keluarga, kawasan kargo seluas 381 liter boleh memuatkan peralatan sukan dan rekreasi bersaiz besar.

Satu lagi ciri pintar yang ada pada kenderaan ini ialah akses pantas dengan bukaan pintu secara automatik apabila kunci dapat dikesan dalam zon tertentu.

Keselamatan
Golf R-Line serba baharu dibina untuk keselamatan kerana kerangkanya dihasil menggunakan kombinasi besi berkualiti tinggi yang dijurutera secara ekstensif bagi menawarkan perlindungan maksimum kepada penumpang jika berlaku kemalangan.

Ciri-ciri utama lain termasuklah ESC (Electronic Stability Control); Post Collision Braking System yang menghalang pelanggaran kali kedua; Electronic Differential Lock (XDS) yang menambah baik aspek cengkaman dan mengurangkan understeer, enam beg untuk perlindungan pasca pelanggaran serta banyak lagi.

Warna
Golf R-Line didatangkan dalam lima warna termasuklah dua warna baharu – kelabu (Moonstone Grey) dan merah metalik (metallic Kings Red). Warna lain termasuklah biru metalik (Atlantic Blue), serta hitam (Deep Black) dan putih (Oryx White) mutiara.

Harga
Golf R-Line serba baharu ditawarkan dari harga RM169,990 (RRP) dan hadir bersama penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, serta jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama lima tahun.

 

Previous Post

Dilancarkan Pada Harga Bermula RM172,990

Next Post

Ditawarkan Dalam Dua Warna Pilihan Untuk Setiap Model

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved