Salah satu projek kit mini terbaharu Lego Technic merupakan sebuah model Ferrari yang dilancarkan baru-baru ini iaitu Daytona SP3 sekali gus menyertai siri Ferrari Icona pada November lalu. Model Lego terbaharu ini dikatakan mula dijual pada 1 Jun ini. Kedua-dua syarikat terbeut telah memperingati kerjasama ini dengan melancarkan sebuah buku bergaya meja kopi (Coffee Table) keluaran terhad. Lego merancang untuk mencetak sebanyak 5,000 salinan sahaja.
Model berskala 1:8 ini yang dibina daripada 3,778 bongkah Lego ini berukuran 5.5inci atau 15cm tinggi, 23 inci atau 59cm panjang dan 9.5inci atau 25cm lebar. Sebagaimana kit Technic dari Lego terdahulu, butiran yang ada pada Ferrari Daytona SP3 ini sangat terperinci luar dan dalam – dan juga beberapa tempat yang tidak pernah dilihat oleh kebanyakan orang. Lego Ferrari ini turut dilengkapi dengan kotak gear 8-kelajuan dan juga enjin V12 bersama piston yang bergerak. Tunggu, bukan itu sahaja!
Pembinanya juga berjaya menghimpunkan semua suspensi termasuk disk brek dan spring yang benar-benar berfungsi. Sebaik sahaja pintunya dibuka, anda boleh melihat hiasan dalaman yang telah direka semula sehinggalah logo Ferrari di atas stereng. Tidak ketinggalan bahagian rim dengan penutup tengah Ferrari di bahagian luar. Semuanya lengkap, tiada satu butiran pun yang tertinggal.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lego Group, Niels B. Christiansen berkata bahawa beliau kagum melihat segala perincian diberikan perhatian yang tepat dan dipasangkan pada model sekecil ini.
Kit ini dijangka mula dijual pada 1 Jun ini di kedai-kedai Lego seluruh dunia sebelum diedarkan kepada lebih banyak kedai-kedai pada 1 Ogous nanti. Ia dijual pada harga $399.99 (RM1,759.10) dan Lego mengesyorkan golongan bermula dari 18 tahun ke-atas untuk membelinya. Manakala buku, “Lego Technic Ferrari Daytona SP3 : The Sense Of Perfection,” juga akan mula dijual pada 1 Jun ini dengan harga $79.99 (RM351.79). Buku keluaran terhad ini membawa para pembaca kepada proses konsep, rekaan dan juga menghasilkan model tersebut dengan lebih mendalam.
Secara logiknya, memiliki kit Lego Technic lebih mudah berbanding Daytona SP3 yang sebenar. Ferrari hanya membina sebanyak 599 supercar dan Daytona merupakan kereta Ferrari aerodinamik paling cekap yang menghasilkan 828hp (617kW) dan tork 514lb-ft (697Nm) dari enjin V12 6.5 liter yang datang dari 812 Competizione. Boleh dikatakan, kit Lego ini sangat murah.
Sumber : Motor1