Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

OOTB – OUT OF THE BOX

Saiful by Saiful
20/11/2018
in MODIFIKASI, UTAMA

Ura-ura tentang projek Satria Ilyas ni, dah gua dengor sejak awal tahun dulu. Masa tu tak siap abis lagi. Sebab sibuk dengan hal itu dan ini, perkembangannya hampir dilupakan sehingga berjaya dikesan semula sewaktu acara Satria Day tempohari.

Projek yang dimaksudkan melibatkan bahagian jantungnya. Dari enjin SOHC satupointenam, ia telah digantikan dengan enjin 4G93 Satria GTI. Memula macam okey. Tapi lepas bertahun makan asap ketika berkanjo, timbul pulak idea untuk memiveckan enjin ini dengan kaedah yang lain dari kebiasaan.

Tingkat taraf ini memerlukan Ilyas mendapatkan kepala silinder dan harness dari enjin 4G92 MIVEC CA. Benda tak banyak, rega pun meninggal. Atas racunan pomennya Maddiah, Ilyas cuba mendapatkan komponen dari enjin 4G92 MIVEC CK sebagai ganti.

Walaupun berkedudukan terbalik, kepala silinder ini sebenarnya masih boleh digunakan. Itu pun kalau pomen kau sama giler macam Maddiah. Beberapa perubahan penting seperti lubang skru, lubang air, kedudukan injap dan kadar mampatan perlu diambil kira, sebelum boleh duduk dengan selasa di atas blok enjin ini.

Tak cukup dengan tu, beberapa perubahan lain perlu dibuat sama, seperti proses port & polish, serta penggunaan piston mampatan tinggi. Alang-alang dah bikin, keseluruhan harness dan sistem penyejuk telah disorok atau diubah haluannya untuk tujuan kemasan.

Suapan udara datang dari penapis udara Simota, terus ke unit throttle body Super90 yang melekat pada manifold kemasukan kustom. Bagi membentuk campuran yang sempurna, bekalan bahan api dihantar menerusi pam petrol Deatschwerks DW200. Ia kemudian ditembak oleh set injektor 275cc, yang disangkut pada rel bahan api Sard. Kuasa cucuhan menggunakan kit COP dari enjin K20A. Manakala proses pemetaan enjin, kini diuruskan oleh unit piggyback AVS FIC yang diubahsuai.

Sistem pacuan masih menggunakan kotak gear Satria GTI, yang dilapik set klac Exedy Racing. Binaan sistem ekzos pun menarik jugak. Disebabkan kedudukan kepala silindernya yang terbalik, unit ekstraktor perlu dibina secara kustom menghadap dinding. Mujur ada ruang, siap boleh seluk tangan lagi. Walaupun masih mengekalkan muffler bantal Satria GTI di bahagian belakang, ia turut dilengkapi injap pengawal ekzos ECV yang mampu mengaktifkan ekzos perangnya menggunakan alat kawalan jauh. Baru tak kena jinjit telinga kalau balik kul 3 pagi…

Yang jelas, rupa luaran mungkin nampak sama macam Satria kebanyakan. Cat pun kusam-masam. Namun keputusan untuk menggunakan kit badan lengkap Satria GTI, berjaya menyelamatkan keadaan. Senarai komponen tambahan lain termasuklah lip depan R3, cermin sisi CF serta sebuah spoiler GT dari Voltex.

Kereta ini mendapat profil yang rendah, hasil penggunaan set suspensi boleh laras dari Tein. Rim 15-inci Enkei RP01 dengan tayar Toyo Proxes tu pun main peranan jugak. Sementara proses hentian pulak, dibantu komponen brek EVO untuk depan serta GTI di ruang belakang.

Dalamnya juga dibuat biar nampak lain macam. Ada DNA rasing tentunya. Abis segala karpet dibuang, meninggalkan dasar lantai berwarna biru, selain penggunaan plet chequered aluminium di bahagian tertentu. Tempat duduk belakang disisih terus, manakala depan menerima Recaro SPG dan EVO II. Penempatan X-bar kustom, membantu memenuhkan ruang belakang yang semakin kosong.

Pada dashboard GTI yang digunakan, terdapat unit stereng dari Nardi. Radio dan speaker takde langsung dan digantikan dengan panel khas untuk suis-suis penting. Bagi tujuan pemantauan, terdapat 3 bijik meter NRG serta tambahan 3 lagi meter GReddy pada pilar A.

Tak tau pasai apa kereta ni tak tercalon dalam kategori The Best Engine masa Satria Day ari tu. Terlepas pandang ke tak tahu? Emmm…

Previous Post

ACAH-ACAH X4

Next Post

PROJECT X

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved