GoCar, sebuah platform servis mobiliti mengumumkan program bantuan banjir untuk servis GoCar Garage yang menawarkan servis kepada semua pemilik kenderaan yang memerlukan servis dan kerja-kerja penyelenggaraan bermula sekarang dan berakhir pada 31 Januari 2022.
Menerusi program ini, GoCar Garage menawarkan 25 peratus diskaun atas alat-alat ganti dan upah buruh. Bagi membantu mengurangkan beban tentang kewangan dan mudah diakses untuk pengangkutan peribadi yang selamat, GoCar menawarkan kegunaan percuma kenderaan GoCar Share sehingga 14 hari, sementara kenderaan pelanggan disimpan di pusat pusat servis.
Sesiapa yang memerlukan kereta untuk jangka masa yang lebih lama diberi pilihan untuk melanggan dengan simpanan sebanyak 50% ke atas setiap kenderaan GoCar Subs terpilih. Kedua-dua pilihan bergantung kepada kesediaan dan hanya untuk pelanggan yang tandatangan program GoCar Flood
Selain itu, para pelanggan Maybank boleh terus menggunakan dengan kelebihan Maybank Ezy Payment Plan untuk membantu mereka dari sudut kewangan untuk membayar servis dan penyelenggaraan secara ansuran bulanan. Dengan tragedi banjir yang baru sahaja berlaku dan masih lagi berperang dengan pandemik. Bantuan ini diharapkan dapat membantu meringankan beban para pelanggan seperti yang dikatakan Ketua Pegawai Eksekutif GoCar, Wong Hoe Mun.
GoCar menyediakan struktur harga yang lebih telus dan tanpa bayaran tersembunyi. Para pelanggan boleh menikmati kelebihan ini dengan memuat-naik aplikasi GoCar. Dengan aplikasi ini, para pelanggan boleh membuat tempahan servis dan memilih servis dan cara pembayaran pada bila-bila masa di mana juga.
Untuk maklumat lanjut, hubungi 1-300-30-2633 atau maklumat lanjut tentang GoCar Garage dan GoCar di malaysia