Hujung minggu lalu seakan-akan mimpi ngeri yang panjang untuk rakyat Malaysia apabila hujan turun tidak berhenti sekaligus mengakibatkan banjir di beberapa negeri termasuk Selangor dan Pahang. Walaupun beberapa tempat sudah reda tetapi masih ada lagi kawasan yang terputus bekalan mahupun bantuan.
Atas kesedaran itu, banyak pihak dan individu telah turun padang menghulurkan bantuan mengikut kapasiti masing-masing. Antara yang mendapat perhatian ramai ialah Datuk Seri Sunny (DS Sunny) yang menggunakan sebuah Brabus G700 6×6. Perkara ini mendapat perhatian setelah Nedim Nazri Aziz berkongsi ciapan di akaun Twitter miliknya yang kemudiannya menjadi perbualan warga net di media sosial.
Menurut ciapan tersebut, DS Sunny memandu Brabus tersebut meredah banjir, melanggar longkang untuk usaha memindahkan mangsa banjir ke tempat yang lebih selamat. Sebagaimana dapat dilihat menerusi gambar yang dikongsi, air telah berada hampir separuh tayar dan ini telah barang-barang dimuatkan dalam ruang kargo Brabus tersebut. Harga Brabus yang dijual pada 2015 dikatakan berharga RM3.2 juta tapi nilainya pasti lebih daripada itu.
Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada DS Sunny yang bersungguh-sungguh turun membantu mangsa banjir. Di kala rakyat memerlukan bantuan, hanya rakyat yang akan membantu sesama sendiri dan rakyatlah hero yang sebenar!
Sumber : Twitter / Instagram
Video 01:https://www.instagram.com/stories/dss.sunny/2732731196366993351/
Video 02:https://www.instagram.com/stories/dss.sunny/2732731299412732752/
Video 03:https://www.instagram.com/stories/dss.sunny/2732734046916616702/
Video 04:https://www.instagram.com/stories/dss.sunny/2732928370858240798/
Video 05:https://www.instagram.com/stories/dss.sunny/2732933367498922298/