Fuhh… Agak mencabar sikit abang nak kena buat artikel bulan ni. Audi RS3 8V Sportback ni bukan calang-calang kereta ye. Berdegup gak jantung masa dapat gambar kete ni. Jenuh fikir ape spec kete ni nanti. Rupa-rupanya memang jenuh gak nk kena buat kajian sikit pasal kete ni. Maklumlah, sebelum ni asyik layan JDM tak pun conti yang dah selalu kita layan. Sekali dapat Audi ni memang pitam jap. Tapi takpe, demi korang aku buat gak research sikit. Janji boleh faham. Kalau silap korang bagitau je. Kita upgrade dan share-share ilmu baru.
Di atas kertas, RS3 ini dijanakan oleh enjin 2.5 liter turbo inline 5. Kuasa asalnya mampu terhasil sehingga hampir ke 400hp dan kelajuan maksimum boleh mencecah ke 300km/j. Nadi 20 valve ini yang dipadankan pada jentera ‘hatchback’ ini memang direka khusus bagi para peminat jentera sport yang seangkatan dengannya. Kalau dulu, tak ramai memandang jenama ni sebenarnya, tapi sejak model-model RS ni wujud, ramai yang telah bertukar kerana bukan sahaja tentang kuasa jentera, tapi penampilan kereta model ini memang tampak sangat stylo. Jujur!
Enjin jentera ini telah dinaik taraf dengan beberapa komponen berprestasi dari Intergrated Engineering antaranya intake, ‘downpipe’ dan juga Ypipe. Selain itu, penutup minyak enjinnya juga tampak unik kerana diperbuat dari bahan aluminium rekaan dari Racingline. Selain itu, beberapa komponen lain juga dari jenama yang sama turut digunakan seperti kit Haldex Differential Magnetic Plug dan DSG oil filter.
DSG Breather dari 034 Motorsport turut dipakaikan pada enjin ini untuk membantu melepaskan tekanan berlebihan ataupun menyejukkan dalam bahagian kotak gear disamping mengelakkan kotoran dari memasuki ruangan tersebut. Kuasa yang terhasil dari enjin kemudian disampaikan ke bahagian roda melalui kotak gear S Tronic dual-clutch 7 kelajuan. Talan yang lebih baik terhadap enjin dipertingkatkan melalui unit ecu talaan dari Intergrated Engineering.
Sistem suspensi asal yang didatangkan pada jentera ini masih lagi dikekalkan penggunaannya kerana prestasi yang sangat baik telah disesuaikan pada badan jentera ini. Namun begitu, beberapa alata tambahan telah dipadankan bersama untuk mengukuhkan lagi keseuruhan cesi badan jentera ini antaranya rear end link dari 034 Motorpsort serta anti roll-bar dari H&R.
Di bahagian belakangnya pula dipasangkan dengan ‘body brace’ dari Racingline. Ringkas j3, kan? Kereta dah mahal-mahal mestilah brek dia cukup power. Brek masih lagi original sebab tak perlu bazir duit tukar barang yang memang terbukti hebat keberkesanannya.
Bahagian luar dan dalam jentera ini masih lagi dalam jeadaan original. Untuk tampak lagi bergaya, jentera ini telah dipasangkan dengan rim PQRN berukuran 19 inci dari Nerve Motorsport dibaluti tayar Michelin Pilot Sport Cup 2.
Jenuh nak buat artikel ni sambil tekan Google kat sebelah nk cari info…
Spesifikasi
Kereta : Audi RS3 8V Sportback
Modifikasi Enjin : ( integrated Engineering ) iE intake, iE Downpipe , iE Ypipe, ( Racingline ) RL Caps set, RL Differential & Haldex Magnatic Sump Plug, RL DQ500 DSG oil Filter, Catback Stone Exhaust System, 034 Motorsport DSG Breather
Transmisi / Gearbox : seven speed S tronic dual-clutch transmission (Basically DSG )
Elektronik / ECU : Tuned by iE
Suspensi & Cesi : 034 Motosport Rear End-link, Front & Rear H&R anti roll bar
Brek : stock
Roda & Tayar : 19s wheel PQRN by Nerve Motorsport & Micheline Pilot Sport Cup 2
Dalaman : Racingline Rear Body Brace
Luaran : Stock
Bengkel & Tuner :
1) Deutsche Motor for Racingline
2) German Motors Automotive for integrated Engineering
Pemilik : theblackrsthree