Baru-baru ini, Lexus RZ 450e telah didedahkan sebagai kenderaan bateri elektrik pertama (BEV) syarikat tersebut yang akan dijual di pasaran US. Secara rasminya, tidak banyak yang diketahui umum tentang RZ 450e ini. Ianya ditunjangi platform e-TNGA sama seperti Toyota BZ4X dan Subaru Solterra. Model all-electric ini sama seperti mana-mana BEV lain di mana baterinya perlu dicas. Bateri tersebut pula dipadankan dengan motor elektrik (dua) yang menggerakkan kenderaan ke hadapan dan ke belakang tanpa sebarang sumber kuasa lain.
Pada minggu ini juga, Toyota telah mengumumkan barisan Lexus yang ditukarkan sebagai kenderaan elektrik sahaja di pasaran US, Eropah dan China menjelang 2030. Syarikat menyasarkan jualan BEV berjenama Lexus sebanyak 1 juta pada tahun 2030 ini. Bersama dengan itu, Toyota turut mendedahkan beberapa kereta konsep elektrik, crossover dan SUV semasa penyampaian elektromobiliti masa hadapan.
Model-model ini memperlihatkan beberapa persamaan dengan apa yang pernah ditunjukkan oleh beberapa wakil pengedar hari ini dan produk generasi akan datang dengan penambahan beberapa EV hot-hatch low-riding yang kelihatakan besar, SUV tiga baris tempat duduk. Tahun ini, Lexus mengeluarkan versi terbaharu SUV kecil NX. Model-model ini didatangkan dengan beberapa powertrain dan pilihan konfigurasi termasuk kenderaan elektrik hybrid plug-in.
Model Lexus LX ajab datang tidak akan ditawarkan ketika pelancaran model hybrid dan Lexus GX akan terus dilengkapi dengan enjin V8 4.6 liter. Lexus RZ450e ini dijangka memasuki pasaran selewat-lewatnya pada tahun 2022 sebagai model tahun 2023. Harga, ciri-ciri dan spesfikasi akan dimaklumkan dalam beberapa bulan lagi.
Sumber : newsweek.com