MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di Malaysia mengumumkan pencapaian cemerlang bersejarah yang dicatatkan oleh Mitsubishi Triton sepanjang bulan September baru-baru ini. Dengan pembukaan pelbagai sektor termasuk industri automotof, MMM kini giat memenuhi tempahan tertunggak dan telah berjaya menghantar sebanyak 1,521 unit, catatan tertinggi dengan bahagian pasaran tertinggi sebanyak 34% dalam segmen pikap pada bulan yang sama.
Berbanding tahun lalu, pencapaian jualan Mitsubishi Triton meningkat sebanyak 5.1% dalam suku tahun pertama (April – September 2021), manakala jualan syarikat secara keseluruhan turut menyaksikan perubahan positif dengan sejumlah 6,907 unit terjual. Secara tidak langsung, bahagian pasaran syarikat telah meningkat dari 1.7% (April- September 2020) kepada 3.9% (April-September 2021) dari Total Industry Volume (TIV).
Mitsubishi Motors kekal menduduki senarai tiga jenama tertinggi bukan automatif kebangsaan di Malaysia (menurut kalendar tahunan MMM 2021 dari April 2021 – Mac 2022. Bagi makluman, XPANDER menjadi MPV bukan nasional terjual paling laris laris di Malaysia dengan tempahan hampir 13,000 unit sejak dilancarkan pada November tahun lalu. Setakat ini, syarikat tersebut telah menghantar sebanyak 5,756 unit kepada para pelanggan sejak November tahun 2020.
“Selepas beberapa bulan menghadapi cabaran ekoran pandemik COVID-19 dan juga PKP, kini pasukan Mitsubishi Motors berusaha keras untuk meningkatkan lagi produksi, membuatkan penghantaran serta memenuhi tempahan yang tertangguh untuk XPANDER dan Triton,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Tomoyuki Shinnishi.
“Pihak kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pelanggan yang tidak putus memberi sokongan dan sentiasa bersabar dengan perkhidmatan kami. Dengan negara yang kini sedang melangkah ke era endemik diikuti dengan pembukaan kedai pameran dan juga kedai-kedai pembekal automotif lain, kami yakin jualan optimistik untuk tahun kewangan terakhir,” kata beliau lagi.
Disamping itu, MMM juga akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki dan memperkenalkan servis digital baharu. Syarikat itu juga dijangka bakal mengumumkan Home Delivery Service (Servis Penghantaran Ke Rumah) untuk para pelanggan yang telah membeli kereta terbaharu Mitsubishi yang dihantar di hadapan rumah masing-masing. Ia bertujuan untuk memudahkan lagi pengalaman jual-beli pelanggan secara atas talian.
Selain itu, syarikat MMM juga bekerjasama rapat dengan para wakil pengedar agar mematuhi segala SOP dan hanya para pekerja yang sudah lengkap divaksin dibenarkan bertuhas dan melayan pelanggan.