SUV kompak ini merupakan EV pertama yang didedahkan sejak Smart mengumumkan untuk meninggalkan enjin ICE pada tahun 2019 iaitu tahun yang sama Daimler dan Geely bekerjasama. Smart akan dibangunkan oleh Geely di China tetapi direka oleh Mercedes dan ia dapat dilihat menerusi Concept #1 ini.
Berukuran 168.9-inci (4290 mm) panjang, 75.2-inci (1910 mm) lebar dan 66.9-inci (1698 mm) tinggi, SUV yang bersaiz kecil ini agak pendek, lebar tetapi lebih tinggi berbanding crossover elektrik EQA keluaran Mercedes sendiri. Dilaporkan, Smart bakal menggunakan platform yang dibina oleh Geely.
Rekaan yang kemas pada lampu utama, hood yang tinggi dan gril iluminasi yang luas atau sekurang-kurangnya simulasi gril tradisional. Dari girl, bergerak pula ke kesan cahaya di sisi kenderaan ini sehingga diffuser belakang. Pillar-C pula didatangkan dengan gaya baru yang tampil seperti atap terapung dan tiada tiang-B kerana pintu bahagian belakang ini boleh dibuka menerusi elemen lampu sensitif terhadap sentuhan. Kita perlu lihat samada elemen ini akan dijadikan realiti atau kekal dalam binaan konsep ini sahaja.
Menurut portal Carscoops, walaupun dimensi yang kompak, ruang interior SUV ini sesuai dengan roda 21-inci. Sebagai sebuah kenderaan konsep ia merupakan sebuah SUV dengan 4-tempat duduk, namun jika ia memasuki pengeluaran kemungkinan ruangnya lebih bertambah menjadi 5 tempat duduk dan ruang kakinya juga luas seperti kenderaan kelas atasan.
Sunroof yang luas memberikan cahaya panaromik memasuki kabin yang didominasi oleh konsol tengah yang disebatikan dengan dashboard atas tidak seperti yang ada pada sesetengah kereta Mercedes. Namun, banyak juga persamaan seperti gaya, lokasi skrin infotainment 12.8-inci seperti sebuah iPad.
Buat masa ini, Smart masih belum mengeluarkan perincian tentang sudut teknikal tetapi ia menggunakan aplikasi pintar seperti kunci digital dan beberapa sistem bantuan terkini yang ada pada sebuah SUV. Ia dijangkakan memasuki pasaran Eropah dan China pada tahun 2023.
Sumber : Carscoops