Bintulu Auto Carnival (BAC) diadakan bertujuan untuk menggalakkan acara permotoran yang sah dan selamat di Negeri Sarawak. Ia menjadi platform kepada para peserta, untuk berkongsi minat yang sama.
Selain pertandingan autoshow dan audio, karnival ini turut menampilkan acara BAC Gymkhana dan BAC Drift Challenge, khusus untuk penggiat sukan permotoran. Tarikan utama tertumpu kepada barisan kereta modifikasi dari segmen yang pelbagai.
Tidak ketinggalan promosi dari pengeluar produk serta syarikat kenderaan yang menawarkan diskaun harga menarik. Hasil kerjasama semua pihak, pihak penganjur juga berjaya mengumpul dana sumbangan, untuk perlaksanaan kerja amal yang telah dirancang.
Terima kasih diucapkan kepada Naim Paragon dan GoldenBay Hotel selaku penaja utama, pihak berkuasa, agensi kerajaan, serta semua yang terlibat dalam memastikan kelancaran karnival ini.