Sejak kerajaan mengumumkan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh, operasi perniagaan serta jualan kereta Honda Malaysia merosot sebanyak 52 peratus tahun ke tahun dari Mei hingga Julai 2021. Dalam tempoh tiga bulan itu, Honda Malaysia menjual sekitar 5,700 unit kereta berbanding 12,000 unit pada tempoh yang sama tahun lalu semasa PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan.
Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chuko berkata, “dengan hanya beberapa perkhidmatan selepas jualan dibenarkan manakala operasi jualan dan pengeluaran diberhentikan, ia bukan sesuatu yang memeranjatkan apabila melihat jualan semakin menurun.”
“Penutupan perniagaan yang berpanjangan juga turut memberikan kesan terhadap pengeluaran model terbaharu kerana tiada ujian yang dapat diadakan di kemudahan pengeluaran. Tambahan lagi, rantaian pembekal dan eksport alat ganti juga turut terjejas.”
“Apa yang lebih membimbangkan ialah kesan domino terhadap semua 101 peniaga sah Honda yang menghadapi masalah kewangan selain status pekerjaan untuk penasihat jualan dan perkhidmatan serta kakitangan lain di pusat jualan kenderaan.
“Penasihat jualan yang pendapatan mereka banyak bergantung kepada komisyen, amat terjejas,” katanya.
Sumber : BHarian