Sime Darby Auto Performance (SDAP) memperkenalkan 911 Targa 4S Heritage Design Edition dengan elemen-elemen yang dipengaruhi dari era 50an dan 60an. Bahagian eksterior yang bersejarah dan juga elemen rekaan interior telah diinterpretasi semula juga menggabungkan beberapa teknologi terkini dari Porsche Exclusive Manufaktur.
Heritage Design Edition ini berdasarkan generasi 992 baharu yang dilengkapi dengan teknologi terkini untuk chassis, sistem bantuan dan juga infotainment. Ia juga dikuasakan oleh enjin boxer biturbo high-tech 331 kW (450 PS), digabungkan dengan transmisi dwi-klac 8-kelajuan di mana 911 Targa ini memecut (Launch Control) dari 0-100 km/j kurang dari 3.6 saat untuk mencapai kelajuan tertinggi 304 km/j.
911 Targa 4S Heritage Design Edition ini telah pun berada di Malaysia dan dijual pada harga bermula dari RM 1,677,409* dengan pengecualian SST.
Sekiranya beminat untuk mengetahui maklumat lebih lanjut tentang 911 Targa 4S Heritage Design Edition baharu ini, hubungi Pusat Porsche berhampiran anda dan buat janji temu sekarang.
Porsche Centre Ara Damansara: https://bit.ly/911Targa4S-PCAra
Porsche Centre Sungai Besi: https://bit.ly/911Targa4S-PCSgBesi
Porsche Centre Penang: https://bit.ly/911Targa4S-PCPenang
Porsche Centre Johor Bahru: https://bit.ly/911Targa4S-PCJB