Baru-baru ini, Bridgestone telah mempernalkan tayar yang direka khusus untuk pengguna SUV, ECOPIA H/L 001. Ia memenuhi apa yang diingini oleh pengguna setiap kali memandu SUV mereka, seimbang dari segi keselamatan, jimat, tahan lebih lama dan yang paling penting, selesa. Selain itu, pemandu juga dapat merasai perbezaan yang ketara kerana ia memberikan prestasi pengendalian terbaik berbanding tayar-tayar lain di pasaran.
Menurut Pengarah Urusan Bridgestone Tyres Sales (Malaysia) Sdn Bhd, Encik Micheal Chung berkata, berpandukan maklum balas diterima, ciri-ciri utama yang diutamakan oleh kebanyakan pemilik SUV semasa membeli tayar selalunya berkisar tentang cengkaman. Selain itu, prestasi di atas permukaan jalan yang basah, jangka hayat dan juga keselesaan. Justeru itu, kesemua itu ada pada tayar ECOPIA H/L 001 dan juga menjimatkan penggunaan bahan api.
Berikut, tiga kelebihan yang disuntik kepada ECOPIA H/L 001 bersandarkan 20 tahun kepakaran Bridgestone;
– Cengkaman tiada tandingan di permukaan basah
Tayar mencengkam dengan lebih efektif di atas permukaan jalan yang basah ekoran rekaan chamfered yang dipertingkatkan. Pengendalian lebih mantap, malah risiko hydroplanning juga dikurangkan dengan rekaan benang baharu.
– Tahan lebih lama
Rekaan lug lebih dalam, mengukuhkan lagi bahagian dalam tayar serta membantu memanjangkan jangka hayat tayar. Rekaan benang baharu pada ECOPIA H/L 001 ini mampu menghalang perubahan bentuk tayar dan tahan lebih lama.
– Jimat bahan api
Berbekalkan teknologi NanoPro-Tech menjadikan kadar rintangan golekan tayar yang rendah sekaligus menjimatkan penggunaan bahan api. Dalam masa yang sama, ia juga membantu mengurangkan pelepasan asap ke udara.
Bagi makluman, tayar ECOPIA H/L 001 ini ditawarkan dalam 43 saiz untuk rim bersaiz 15 inci sehingga 18 inci. Setiap unit berharga bermula dari RM294 hingga RM854. Bersempena dengan pelancaran tayar baharu ECOPIA H/L 001 ini, Bridgestone menawarkan rebat ke atas setiap pembelian satu set (empat unit) yang sudah pun bermula dari 1 Ogos lalu dan bakal berakhir 30 September ini.
Kepada para pelanggan yang membeli tayar ECOPIA H/L 001 ini di kedai Bridgstone B-Select, kedai PRO atau para pengedar sah Bridgestone di seluruh negara bakal menerima rebat sehingga RM80.00.
Untuk maklumat lebih lanjut, layari https://www.bridgestonetyre.com.my/en/bridgestone-ecopia-hl001-for-suv-drivers-who-want-it-all-launch-promotion