Bagi menghargai komitmen ahli-ahlinya, komuniti Eatsleep MDM JDM telah menganjurkan majlis minum petang bertempat di Quinara Al Safir Resort, Kuala Terengganu. Tidak seperti kelaziman, hidangan untuk acara kali ini telah disediakan sepenuhnya oleh pihak resort, sekaligus memberi ruang kepada ahli untuk lebih mendekati antara satu sama lain.
Lebih 80 orang ahli komuniti hadir bersama keluarga masing-masing, termasuk sekumpulan peserta dari Kelantan. Selain menikmati hidangan bufet yang menyelerakan, diadakan juga acara cabutan bertuah dan sesi karaoke.
Selesai solat Asar, kawasan parkir menjadi medan untuk mereka berkongsi minat dan cerita, selain meninjau kereta rakan-rakan yang lain. Sebagai tanda kenangan, acara petang tersebut kemudiannya diakhiri dengan sesi foto bersama.
Kepada pemilik Proton Wira sekitar Terengganu, anda boleh sertai komuniti ini di Facebook: ‘Official group of eatsleep mdmjdm’.