Mungkin anda telah mendengar berita ini berulang kali di mana-mana media sejak semalam, tapi kami juga ingin menyarankan agar semua rakyat Malaysia bersabar dan tidak balik ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidil Adha.
Negara telah menampakan kesan daripada pergerakan balik kampung untuk Hari Raya Aidil Fitri pada bulan Mei tahun ini. Penghijrahan beribu-ribu rakyat itu telah akhirnya mengakibatkan pembentukan 36 kluster Covid-19 yang baharu serta peningkatan kes baharu serta kematian akibat wabak itu yang mendadak tidak lama selepas itu.
Hasilnya, kerajaan Malaysia terpaksa mengadakan Perintah Kawalan Gerakan Menyeluruh di seluruh negara dan ini telah menjejaskan lagi ekonomi negara yang sudah tenat sejak tahun lepas.
Semalam terdapat pula berita bahawa Polis DiRaja Malaysia telah mengarahkan sebanyak hampir 5,000 kenderaan berpatah balik ketika diberhentikan di sekatan jalanaraya. Ini menunjukan bahawa masih terdapat mereka yang berdegil. Tidak kisalah sama anda percaya atau tidak terhadap wabak Covid-19 ini mahupun samada keputusan kerajaan merupakan sesuatu yang baik ataupun sebaliknya, tetapi tindakan tidak bertanggungjawab seperti begini hanya akan menyebabkan kesusuhan kepada orang ramai.
Oleh yang demikian, pihak kerajaan telah menarik balik kebenaran untuk merentas daerah dan negeri walaupun seseorang individu itu menggunakan surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dari 18hb. Hingga 21hb. Julai. PDRM akan mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka yang berdegil.
Tengoklah sendiri, mereka yang mempunyai kerja yang halal dengan surat MITI pun sudah terkesan sekali.
Pesanan akhir daripada kami, sila jaga diri serta keluarga baik-baik, tambah lagi varian Delta untuk Covid-19 sudah mula menular di Malaysia. Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada segala warga Malaysia.
Gambar : The Star Malaysia