Beberapa bulan lalu, gambar dan video Nissan Z telah tular di media sosial. Ramai beranggapan, ia mirip Z Proto yang didedahkan tahun lepas. Terkini, sepasang prototaip dilihat sedang menjalani ujian di Miami, Arizona sebelum dilandarkan pada 17 Ogos Ini.
Walaupun sudah ramai tahu rekabentuk dan wajah kereta sport ini, Nissan tetap meneruskan sesi ujian dengan memakaikan balutan hitam dan putih. Secara kasarnya, setiap bahagian kereta ini direka hampir menyerupai Z Proto ini termasuk rim dan grilnya.
Namun begitu, prototaip ini menampilkan spoiler trunk lip yang tiada pada Z Proto. Sebagai tambahan, bahagian suspensi dilihat sedikit tinggi untuk meningkatkan keseronokan memandu kereta ini di dunia sebenar.
Kereta ini dikuasakan oleh enjin V6 twin-turbocharged 3.0 liter yang dijangkakan bakal menghasilkan 400hp. Pelanggan atau peminat yang berminat boleh menempah samada transmisi automatik 9G Tronic dari Mercedes atau transmisi manual 6-kelajuan.
Sumber : Carscoops