Pengecualian cukai jualan untuk kereta penumpang membabitkan kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan model diimport sepenuhnya (CBU) dilanjutkan untuk tempoh enam bulan lagi.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pengecualian tersebut akan berkuatkuasa bermula Julai sehingga Disember ini.
“Selain itu, semasa pembentangan pakej PENJANA pada Jun 2020, kerajaan telah mengumumkan pengecualian duti setem Kempen Pemilikan Rumah atau HOC yang akan berakhir pada hari ini, 31 Mei.
“Sukacita diumumkan kerajaan bersetuju melanjutkan pengecualian duti setem HOC tersebut sehingga 31 Disember 2021,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri Bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, di sini Isnin malam.
Sumber : Astro Awani