Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Hyundai IONIQ 5 Kembalikan Nostalgia Hyundai Pony?

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
12/05/2021
in BULETIN, UTAMA

Jika Honda e mengingatkan kita kepada Honda Civic era 70an, IONIQ 5 pula mengembalikan nostalgia Hyundai PONY yang merupakan model pertama buatan syarikat Korea itu. Suatu yang menarik apabila kedua-dua Honda e dan Hyundai IONIQ 5 merupakan kereta janaan bateri. Civic dan PONY juga merupakan pencetus kemajuan kepada kedua-dua syarikat berpuluh tahun dahulu.

Semasa diperkenalkan pada Februari 2021, IONIQ 5 berjaya menarik perhatian ramai dengan reka bentuknya yang futuristik. IONIQ 5 masih membawa tradisi sebuah kereta tradisional dalam bentuk hatchback namun perincian dan berjaya menyerlahkan gayaan kereta ini. IONIQ 5 juga membuktikan bahawa sebuah EV tidak perlu hadir dalam bentuk unik atau lari dari kebiasaaan. Dengan begitu banyak perhatian yang diterima, kini tiba masa untuk harga IONIQ 5 diumumkan.

Ada tujuh pilihan dengan varian asas IONIQ 5 SE Connect 58 kWh RWD berharga £36,995 atau bersamaan RM215,374. Dari segi spesifikasi pula ada tiga iaitu SE Connect, Premium dan Ultimate.

Varian pertengahan IONIQ 5 Premium 73 kWh RWD berharga £41,945 (RM244,191) manakala pilihan paling premium IONIQ 5 Ultimate 73 kWh AWD bernilai £48,145 (RM280,286).

Jadi apa yang bagus tentang IONIQ 5? Pertama sekali ia merupakan model pertama dalam keluarga IONIQ (jenama khusus) dan model Hyundai pertama menggunakan platform khas Electric-Global Modular Platform. Maknanya selepas ini akan ada model lain di bawah jenama IONIQ dan digerakkan kuasa bateri.

Hyundai sebelum ini pernah mempertontonkan IONIQ 5 melalui model konsep 45 pada Pameran Kenderaan Frankfurt 2019.

Model konsep 45 itu diinspirasi daripada Hyundai Pony Coupe Concept tahun 1974.
Dari segi teknologi, IONIQ 5 ditawarkan dengan tiga jenis pilihan bateri dan pemanduan seperti berikut:

  • 58kWh RWD, jarak pemanduan sehingga 386 km.
  • 73kWh RWD, jarak pemanduan sehingga 482.8 km.
  • 73kWh AWD, jarak pemanduan sehingga 461.8 km.

IONIQ 5 dilengkapi pengecasan 800V sebagai ciri standard dan melalui pengecas ultra pantas 350kW, 80 peratus tenaga boleh diperolehi dalam masa 18 minit manakala pemanduan berjarak 100km boleh dicas dalam masa lima minit. Apa yang penting di sini ialah dapatkan pengecas ultra pantas. Jika tiada, pengecas domestik di dinding pun boleh cuma perlu lebih masa.

Sebagai contoh, anggaran pengecas 10.5kW memerlukan 4 jam 59 minit bagi varian IONIQ 5 58 kWh RWD dan 6 jam 9 minit untuk IONIQ 5 73 kWh RWD dan AWD.

Selain itu, sistem IONIQ 5 melalui motor dan penyongsang (inverter) boleh menukar voltan dari 400V kepada 800V untuk pengecasan yang optimum dan bila diperlukan. Dari segi kuasa, IONIQ 5 58 kWh RWD mempunyai tork 350 Nm dan 170 PS, IONIQ 5 73 kWh RWD 350 Nm dan 217 PS manakala varian AWD paling berkuasa pada 605 Nm dan 305 PS.

Daya pecutan dari 0 hingga 100 km untuk IONIQ 5 58 kWh RWD ialah 8.5 saat, IONIQ 5 73 kWh RWD 7.4 saat dan paling laju ialah IONIQ 5 73 kWh AWD dengan hanya 5.2 saat. Kelajuan maksimum untuk ketiga-tiga varian IONIQ 5 ialah 185 km/j. Satu lagi yang penting ialah pakej jaminan bagi memberi keyakinan kepada pengguna untuk beralih dari nadi konvensional kepada bateri.

Kesemua varian IONIQ 5 didatangkan dengan setahun langganan rangkaian pengecasan IONITY, Lima Tahun Waranti Tanpa Had Perbatuan, Waranti Bateri Voltan Tinggi selama lapan tahun atau 100,000 batu (160,934 km), Pemeriksaan Kesihatan Tahunan Lima Tahun, tiga tahun kemaskini program navigasi MapCare, pakej Bantuan Tepi Jalan dan Waranti
Anti Kakisan 12 Tahun.

Kembali kepada harga, IONIQ 5 yang segak ini berada dalam kategori premium dan perkara biasa untuk segmen tersebut. Sebagai perbandingan, harga Nissan LEAF bermula dari £25,995 (RM151,335) dan di pasaran tempatan berharga RM181,263.

Sumber : Mekanika

Previous Post

Kereta Kembar Siam?

Next Post

Cadillac Lyriq, SUV Futuristik Dari Masa Depan?

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved