Sebanyak 77,708 unit kenderaan telah dipanggil untuk penukaran pam bahan api sebagai langkah berjaga-jaga seperti yang diumumkan oleh Honda Malaysia. Namun begitu, model terbaharu tidak terlibat dalam kempen recall ini.
Antara model terlibat adalah seperti yang disenaraikan di bawah:*Kesemua pemilik model yang terjejas akan dihubungi Honda melalui surat pemberitahuan.
Keselamatan para pelanggan adalah keutamaan Honda Malaysia dan percaya, dengan memanggil semula model-model kereta ini adalah demi menghalang kebarangkalian berlakunya kesukaran untuk menghidupkan enjin, hilang kuasa enjin atau kenderaan berhenti.
Kesemua pelanggan yang terlibat akan dimaklumkan menerusi surat yang turut disertakan dengan panggilan produk. Para pelanggan juga boleh menyemak sekiranya kenderaan mereka tertakluk di bawah kempen ini dengan menggunakan aplikasi HondaTouch. Penggantian ini tidak dikenakan sebarang bayaran dan segala kos berkaitan aktiviti penukaran akan ditanggung oleh Honda Malaysia.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi Honda Malaysia 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my / productrecall.honda.com.my