Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Tak Keterlaluan Pun Masih Mampu Lagi Bergaya…

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
26/04/2021
in MODIFIKASI, UTAMA

Kalau dulu, bila malam minggu je mesti ‘town’ akan jadi meriah. Mula la korang nampak macam-macam kereta keluar ‘placing’ dan belanja depan mata. tak kira apa jenis sekalipun, mata mesti liar nak tengok kelibat-kelibat kereta yang ‘power’ buat pertunjukkan. Ya, masa dahulu semua ni susah kita nak tengok sebab tak ramai yang mampu pakai kereta-kereta sport ni.

Sekarang ni, korang mesti tak percaya, ada je budak umur 23 tahun dah pakai Evo. Ni bukan perkara main-main. Ni semua disebabkan minat. Bak kata orang, minat mengatasi segalanya. Nak seribu daya, tak nak macam-macam dalihnya. Bezanya dulu dan sekarang, orang yang dulu pakai Wira sekarang dah upgrade pakai Evo. Takpun kalau yang dulu main body EK 4 pintu atau EG9, sekarang dah layan FD2 Type R. Adakah mungkin disebabkan taraf ekonomi negara kita yang semakin maju ataupun rakyat Malaysia semakin kuat bekerja? Susah nak digambarkan.

Mitsubishi Evolution merupakan satu platform yang membuatkan ramai orang semakin gila nak main kereta berprestasi tinggi. Terkenal dengan kuasa dan rekaannya yang mudah mendapat tempat di hati para peminatnya, ianya bukan sesuatu yang agak mustahil untuk sentiasa mendapat perhatian dalam pemilihan kereta untuk dijadikan hak milikan.

Sama seperti model Evo lain, Evo 8 ini didatangkan dengan nadi 4G63T yang pastinya memiliki kekuatannya yang tersendiri. Tergolong dalam kategori enjin yang lasak, maka tidak hairan para pemiliknya mengambil kesempatan untuk mendapatkan lebih kepuasan dalam sesi pemanduan.

Nadi pada jentera ini telah dilengkapkan lagi dengan ramuan bebas bagi mendapatkan prestasi lebih menyerlah seperti aci sesondol Tomei, intake Skunk2, campulley Tomei, ekstraktor banana original Full Race dari USA, turbo GT35 ball bearing, wastegate Tial, intercooler AMS yang disambung dengan paip stainless steel keseluruhannya serta sistem ekzos dari HKS.

Untuk sistem penyampaian bahan api lebih baik, pam Walbro 255lph akan menhantar terus cecair pembakar terus ke bahagian enjin yang telah dinantikan oleh pelaras dari Tomei dan seterusnya akan dipancitkan oleh unit injektor 1000cc dari Denso ke dalam bahagian kebuk pembakaran.

Kotak gear 6 kelajuan jentera ini kemudian akan menyampaikan kuasa ke bahagian roda dengan bantuan klac berprestasi tinggi OS Giken STR dengan lebih baik tanpa sebarang keraguan. Talaan enjin menjadi lebih berkuasa dengan penggunaan ecu Link G4 yang akan memastikan keseluruhan kuasa dapat dikeluarkan pada tahap yang maksima dengan lebih baik.

Sistem penyerap hentak boleh laras Ohlins membantu untuk melaraskan kedudukan jentera ini pada tahap yang dikehendaki serta memberi kawalan yang lebih baik ketika sesi pemanduan. Sistem brek asalnya pula masih lagi kekal yang asal, cuma dinaik taraf dengan penggunaan pelapik brek berketahanan pada suhu yang tinggi untuk kuasa memberhentikan yang lebih cekap.

Penampilan luar dan dalaman jentera ini disalinkan milik Mitsubishi Evolution 9. Tiada tambahan lain kerana pemiliknya meminati rupa asli yang ada pada jentera ini. Untuk menyerlahkan lagi gaya, pemiliknya cuma mengenakan rim CE28 Volk Racing bersama-sama tayar Bridgestone Potenza RE003 untuk cengkaman yang selesa ketika dipandu.

Tiada apa yang ingin dinafikan untuk jentera seperti ini mampu menampilkan kuasa luar biasanya. Nampak simple, tapi masih kekal hebat di atas jalan raya!

SPESIFIKASI

      • Pemilik – AKEM
      • Pengeluar – Mitsubishi
      • Model – EVOLUTION 8 GSR
      • Tahun – –
      • Modifikasi Enjin – Tomei cam 270’, intake Skunk2, banana Full Race original USA, GT35 ball bearing turbo, Tomei cam pully, injector 1000cc Denso, fuel regulator Tomei, Walbro 255lph fuel pump, stainless steel piping intercooler, full stainless steel exhaust with HKS muffler, AMS intercooler, aluminium radiator, Tial original wastegate
      • Transmisi / Gearbox – 6 speed, clutch twin plate OS Giken STR
      • Elektronik / ECU – Link G4 ecu
      • Ekzos –
      • Suspensi – Ohlins adjustable
      • Brek – Original Brembo
      • Rim & Tayar – Volk Racing CE28, Bridgestone Potenza RE003
      • Dalaman – Full Evo 9
      • Luaran – Full Evo 9
      • Bengkel – 199garage/MD tuner

Previous Post

Hot Pink Ford Explorer

Next Post

Hanya EV Dari Honda Menjelang 2040?

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved