Disebut sebagai Bye-Onn yang diambil sempena nama tempat di Perancis dan dipilih kerana direka khusus untuk pasaran Eropah yang bermaksud, ia tidak akan dijumpai di mana-mana pengedar di Amerika Syarikat atau negara-negara Asia lain. Dikategorikan sebagai segmen B, ia direka untuk memberi saingan terhadap Ford Puma, Volkswagen T-Cross dan Nissan Juke.
Hyundai Bayon ini juga tidak direka untuk jalan lasak. Jika ketepikan ketinggian, wheelarch lips dan skid-plate hadapan, ia kelihatan seperti sebuah supermini konvensional yang menawarkan ruang dalam dan bagasi yang sedikit luas (411 liter). Dengan ukuran 4,180mm (164.6 inci) panjang dan 1,775mm (69.9 inci) luas dengan 2,580mm (101.6 inci) jarak roda, Bayon ini berasaskan hatchback Hyundai kecil dan tidak ditawarkan dalam pacuan empat roda.
Namun, Hyundai bekerja keras untuk mengikut ciri-ciri asal ini dan disepadukan dengan beberapa gaya dari Kona yang lebih besar untuk memberikan Bayon tampil lebih tegas. Paling ketara adalah DRL yang nipis, memisahkan hood dan bampar di bahagian bawah, sementara bentuk lampu utama berbentuk anak panah diikuti lampu di bahagian belakang.
Bahagian dalamnya pula, diambil secara tidak langsung dari i20. Semua versi didatangkan dengan pek instrumen digital 10.25 inci yang disepadankan pula dengan dua skrin sesentuh di bahagian atas dashboard; versi asas 8-inci atau 10.25 inci yang didatangkan bersama navigasi. Pembeli Bayon dapat memilih dari dua versi enjin turbocharged 3-silinder 1.0 liter yang sama. Pilihan asas menghasilkan 98bhp (100PS) dan 127lb ft (172Nm), manakala yang bersaiz sedikit besar pula menghasilkan hingga 118bhp (120PS), namun tork masih kekal sama.
Sumber : Carscoops