Kalau sebut nama Mitsubishi GTO, mungkin ramai yang tak berapa kenal dengan kereta ini disebabkan model Mitsubishi Lancer lebih popular, lebih menjadi pilihan kaki rali atau untuk perlumbaan trek. Tapi Lancer sebenarnya ada kekangan dari segi saiz, ia tak mampu untuk bersaing dalam kelas yang lebih besar seperti Toyota Supra dan juga Nissan 300Z.
1. Jadi pada tahun 1989, Mitsubishi perkenalkan model konsep semasa Tokyo Motor Show. Model ini dinamakan sebagai Galant GTO atau (Gran Turismo Omologata) atau bahasa mudah kereta lumba untuk kegunaan atas jalan. Di Jepun ia dijual sebagai Mitsubishi 3000GT
2. Sebab semasa ia diperkenalkan ia menggunakan enjin 3000cc V6 dalam 3 varian sama ada SOHC, DOHC dan juga DOHC turbo berkembar. Dah kalau nak lawan Supra atau 300Z, takkan nak masukkan enjin 4 silinder 4G63 kan. Enjin ini akan dipadankan dengan transmisi 4 kelajuan automatik, 5 kelajuan manual atau 6 kelajuan manual
3. Enjin 6G72 ini menghasilkan 320 kuasa kuda dan 427Nm tork bagi versi turbo, 222 kuasa kuda dan 278Nm tork bagi versi bukan turbo. OK la kan, tak ada la malu bila nak saing-saing dengan Supra 2JZ. Cuma kelemahan versi awal ialah ia hanya ditawarkan dengan pacuan roda depan sahaja.
4. Ketika itu Supra dan 300Z datang dengan pacuan belakang. Kalau Mitsubishi naikkan kuasa kuda, tayar depan boleh alami masalah torque steer. Jadi penyelesaiannya ialah guna sistem pacuan semua roda AWD yang lebih mencengkam. Jadi pecutan Mitsubishi 3000GT agak ganas jugak la, kurang 5 saat bagi pecutan 0-100km/j
5. Tak cukup dengan sistem All Wheel Drive, jurutera Mitsubishi ketika itu sumbat pula sistem . Mesti dah jarang dengar kan. Sistem ini ada stering pada semua tayar berbanding dengan kereta biasa hanya ada fungsi stering pada tayar depan sahaja. Hasilnya Mitsubishi 3000GT memang tangkas semasa selekoh, baik laju ataupun perlahan. Cuit saja stering, tau-tau dah lepas selekoh