Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Perintis Pendigitalan Industri Kenderaan Terpakai melalui Visi Komputer, AI dan Pembelajaran Mesin

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
23/12/2020
in BULETIN, UTAMA

myTukar Sdn Bhd, platform berteknologi untuk dagangan kenderaan terpakai di Malaysia mengumumkan kejayaannya merintis penggunaan sistem Pengesanan Kecacatan Kereta dan Pengaburan Plet Kenderaan berteraskan Kecerdasan Buatan (AI) menggunakan platform Amazon Web Services (AWS). Pemilik teknologi pemeriksaan kenderaan berautonomi, myTukar AI, menggunakan algoritma visual berkomputer dan pembelajaran mesin yang digerakkan oleh Amazon Rekognition dan Amazon Sagemaker.

Amazon Recognition ialah platform perkhidmatan visual digital berteraskan pengkomputeran awan yang memudahkan penganalisaan imej dan video melalui teknologi pembelajaran mendalam (deep learning) yang terbukti dan berdaya tinggi. Amazon Sagemaker ialah perkhidmatan lengkap yang membolehkan pembangun teknologi dan sains data membangunkan, melatih dan menggerakkan modul-modul pembelajaran mesin dengan lebih pantas.

Sebagai perintis di Asia Tengggara, teknologi myTukar AI yang inovatif ini mengautomasi dan memiawaikan pemeriksaan kenderaan serta menggunakan AI untuk mengesan kecacatan kenderaan seperti kemek, calar dan kemerosotan cat, di samping mengurangkan kesilapan manusia sehingga 80%.

Fong Hon Sum, Ketua Pengarah Eksekutif myTukar, berkata, “ myTukar AI yang inovatif ini dibangunkan hasil daripada semangat kami untuk mentransformasi industri kenderaan terpakai agar memberi manfaat kepada pelanggan kami dan untuk mendigitalkan industri ini. myTukar merupakan syarikat berteknologi dalam industri kenderaan terpakai yang pertama mewujudkan pasukan sains data dalamannya sendiri untuk mendapatkan keberkesanan dan sistem yang tersuai.

“Bagaimanapun, myTukar AI yang kami laksanakan pada ketika ini bukan sekadar mendigitalkan pasaran kenderaan terpakai, malahan teknologi ini adalah bayangan terhadap apa yang bakal berlaku terhadap industri automotif secara amnya di masa akan datang. Dengan perisian diagnosis diri yang hebat melalui platform AWS seperti myTukar AI, pengalaman pelanggan dalam industri automotif boleh berubah secara radikal,” tambah Fong.

Ciri-ciri Pengaburan Plet Kenderaan dan Pengesanan Kecacatan Kenderaan myTukar AI mampu mengesan kecacatan kenderaan dalam masa 3 saat, menjimatkan masa pemeriksaan sehingga 20% sambil melindungi privasi dan keselamatan pelanggan. Teknologi ini juga meningkatkan kecekapan dalam pengaburan plet kenderaan sehingga 20% di samping mengurangkan kesilapan manusia sehingga 80%. “Lebih penting lagi, melalui myTukar AI, kami mengukuhkan keyakinan pelanggan dan meningkatkan ketelusan dalam proses pemeriksaan kenderaan, “ ujar Fong lagi.

Selain itu, teknologi algoritma visual berkomputer dan pembelajaran mesin ini mampu mengesan dengan pantas pelbagai jenis isu berkaitan pemasangan & kemasan (fit & finish), penjajaran panel, kerosakan, kemek, geseran dan calar. Laporan pemeriksaan kenderaan yang tepat boleh dikeluarkan dalam beberapa saat, seterusnya meningkatkan produktiviti keseluruhan dan kecekapan operasi 2,000 pengedar berdaftar myTukar.

Teknologi myTukar AI disasarkan untuk diperkenalkan ke pasaran Carro Group Asia Tenggara di Singapura, Thailand dan Indonesia. Ini selaras dengan strategi Carro Group untuk sentiasa berkembang dan mendigitalkan dagangan kenderaan untuk rantau Asia Tenggara.

Previous Post

Someone You Loved

Next Post

Green Day

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved